Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Maju merupakan salah satu institut penyelidikan di UPM yang ditubuhkan pada November 1999. ION2 membangunkan makmal-makmal penyelidikan dalam bidang nanoteknologi dan bahan termaju bertumpu kepada bidang tujahan sintesis hijau berskala nano dan aplikasi. Kami melatih bakal pemimpin penyelidikan masa hadapan serta berkongsi hasil penyelidikan, kepakaran dan kemudahan dengan komuniti penyelidik dan industri di seluruh dunia.