Bagaimanakah Nanoteknologi Diterima Di Malaysia? | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Bagaimanakah Nanoteknologi Diterima di Malaysia?

Bagaimanakah Nanoteknologi Diterima di Malaysia?

Banyak negara telah memberi tumpuan kepada peningkatan penghasilan bahan di peringkat skala nano selepas penyelidik mendokumen kepentingan sains nano dan teknologi nano. Malaysia mula menerokai teknologi nano pada sekitar awal tahun 2000 sebagai sebahagian daripada Pelan Malaysia Kelapan, dimana ia telah dibiayai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pada tahun 2005, Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Forum Teknologi Nano Malaysia. Semasa forum berlangsung, Timbalan Perdana Menteri telah mencadangkan perkembangan Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Malaysia (NNIM). Pada 19 September 2006, Timbalan Perdana Menteri secara rasminya telah menubuhkan NNIM, dengan tujuan agar kegunaan nano teknologi dapat menggalakkan pertumbuhan negara di dalam bidang  kajian, teknologi, industri dan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Seterusnya, Program Nano Malaysia (NMP) telah dilancarkan oleh Direktori Nanoteknologi Kebangsaan (NND) sebagai salah satu rancangan dalam perkembangan nanoteknologi. Beberapa inisiatif di dalam NMP telah dilaksanakan termasuklah penubuhan Pusat NanoMalaysia (NMC) di Iskandar Malaysia, begitu juga dengan kenderaan unik korporat, NanoMalaysia Berhad. Inisiatif ini bertujuan untuk menarik usahawan-usahawan melibatkan diri dalam perkembangan produk berasaskan nanoteknologi baru dengan menyediakan platform pengkomersialan, seperti kemudahan inkubator teknologi. NanoMalaysia telah berjaya mewujudkan 52 inisiatif perkembangan produk, 41 projek berskala, serta 22 usahasama dan syarikat permulaan dari tahun 2016 hingga 2020. Selain itu, NanoVerify Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat hak milih penuh NanoMalaysia telah memperakui 118 produk melalui NANOVerify, satu- satunya program persijilan Nano di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan daripada Persatuan Industri Nanoteknologi Taiwan.

Terdapat beberapa buah universiti di Malaysia yang menyediakan peluang pengajian dan penyelidikan dalam bidang teknologi. Antara universiti yang terlibat dalam bidang nanoteknologi adalah Institute of Microengineering and Nanotechnology (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan penyelidikan multidisiplin dalam bidang Kejuruteraan Mikro dan Elektronik Nano, Center for Research in Nanotechnology and Catalysis (NANOCEN), Universiti Malaya menjalankan penyelidikan dalam bahan maju, nanosains dan nanoteknologi, pemangkinan, dan bahan kimia serta Universiti Putra Malaysia membuka program Master of Science (MSc.) and Doctor of Philosophy (PhD) dalam bahan nano dan nanoteknologi. Inisiatif- inisiatif tersebut diperkembangkan untuk meningkatkan bilangan ahli nano teknologi dan modal insan yang kompeten.

Secara ringkasnya, nano teknologi digambarkan sebagai salah satu enjin kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. NND ditubuhkan pada 2010 dengan fungsi tertentu dan tujuan jangka masa panjang untuk perkembangan nanoteknologi di Malaysia. Kemajuan dalam bidang nanosains dan nanoteknologi melalui inisiatif NMP dijangkakan dapat menjamin kualiti hidup di Malaysia.

 

Rujukan:

  1. Halimaton Hamdan (2014) NanoMalaysia Programme (2011–2020): engine of growth for innovative Malaysia, Journal of Experimental Nanoscience, 9:1, 2-8, DOI: 10.1080/17458080.2013.822109.
  2. thesundaily.my. 2021. NanoMalaysia to launch two initiatives to boost commercialisation of nanotechnology. [online] Available at: https://www.thesundaily.my/business/nanomalaysia-to-launch-two-initiatives-to-boost-commercialisation-of-nanotechnology-YL8148320 [Accessed 23 September 2021].

 

Oleh:

Siti Najihah Darahim, Pelajar Intern, Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), ION2 &
Dr. Ismayadi Ismail, Pegawai Penyelidik, Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), ION2

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 29/07/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCNAm~