Elektrod Modifikasi ZnO-NPs/rGO/SPCE Untuk Pengesanan Awal Ganoderma Boninense Bagi Pokok Kelapa Sawit | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Elektrod Modifikasi ZnO-NPs/rGO/SPCE Untuk Pengesanan Awal Ganoderma Boninense Bagi Pokok Kelapa Sawit

Elektrod Modifikasi ZnO-NPs/rGO/SPCE Untuk Pengesanan Awal Ganoderma Boninense Bagi Pokok Kelapa Sawit

Ganoderma boninense adalah penyakit utama yang menyerang pokok kelapa sawit. Hal ini menjadi tarikan kepada ramai penyelidik di seluruh dunia terutama penyelidik dari negara Asia kerana penyakit Ganoderma boninense sukar untuk dikesan pada peringkat awal jangkitan. Tidak dinafikan, ramai penyelidik cuba membantu untuk mengawal penyakit Ganoderma ini termasuklah memperkenalkan imbasan tomografi, kultur sel, penetapan kadar imunosorben taut-enzim (ELISA) dan reaksi berantai polimerase (PCR). Akan tetapi, teknik diagnostik tersebut kurang tepat, mengambil masa yang lama untuk bertindak balas dan kos yang agak tinggi. Maka, sebagai satu cara yang lain untuk mengesan penyakit Ganoderma boninense dengan tindak  balas yang lebih cepat, lebih tepat dan kos yang lebih rendah adalah dengan memperkenalkan pengesan elektrokimia. Sebagai pemulaan, modifikasi elektrod direncanakan dengan proses penurunan dari grafin oksida (GO) kepada grafin oksida teturun (rGO). Seterusnya, nanozarah zink oksida (ZnO­ NPs) terenap dengan kaedah elektroenapan di atasnya. Kedua-dua pengubah digunakan untuk modifikasi elektrod kerana terkenal dengan keluasan permukaan yang besar untuk bertindak balas dengan analit dan aktiviti elektrokatalitik yang tinggi. Elektrod modifikasi serbaguna SPCE ini dihasilkan bagi mengesan metabolit sekunder sebagai penanda bio dalam penyakit Ganoderma boninense diuji keatas daun yang sihat dan yang telah dijangkiti setelah 14 dan 30 hari. lni kerana, metabolit sekunder akan terhasil secara spontan apabila diserang oleh Ganoderma boninense. Gabungan pencirian fizikal dan elektrokimia untuk GO sebelum dan selepas proses penurunan dan terenapan nanozarah zink oksida telah diuji menggunakan mikroskop elektron pengimbas pancaran rnedan (FE-SEM), spektrosk opi tenaga serakan (EDX), fourier spektroskopi inframerah (FTIR), spektroskopi Raman, voltammetri berkitar bagi memastikan modiflkasi elektrod ZnO-NPs/rGO/SPCE berjaya .

Hasilnya, elektrokimia ana lisis telah menunjukkan penlngkatan arus bagi setiap modiflkasi di mana ianya lebih tinggi dari SPCE disebabkan ciri aktiviti elektrokatalitik. Selanjutnya, isyarat elektrokimia dari metabolit sekunder diterjemahkan melalui tindakbalas voltammetri denyut dalam keadaan optimum. ZnO-NPs/rGO/SPCE memberi keputusan yang memberangsangkan untuk pekali kolerasi bagi daun sihat dan yang telah dijangkiti selepas 14 dan 30 hari iaitu (R2 = 0.9691, R2 = 0.9652, R2 = 0.9905 and R2 = 0.9710), manakala maslng-masing menunjukkan had pengesanan 1.52 ppm, 1.58 ppm, 3.20 ppm and 3.02 ppm. Sebagai hasilnya, ZnO-NPs/rGO/SPCE memberi impak yang bagus dalam prestasi pengesanan berdasarkan metabolit sekunder dalam mengawal Ganoderma boninense pada peringkat awal daripada terus merebak.

 Pengubahsuaian SPCE dengan penurunan GO kepada rGO

 

*Abstrak tesis (Master Sains) oleh Nurhamizah Rahmat

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Profesor Nor Azah Yusof, PhD
Pengerusi
azahy@upm.edu.my

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 15/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCVA7~