Fabrikasi Dan Pencirian Terhadap Pengubahsuaian Nanotiub Titania Untuk Pengesanan Asid Palmitik | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Fabrikasi dan Pencirian Terhadap Pengubahsuaian Nanotiub Titania untuk Pengesanan Asid Palmitik

Fabrikasi dan Pencirian Terhadap Pengubahsuaian Nanotiub Titania untuk Pengesanan Asid Palmitik

Minyak kelapa sawit adalah salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Kualiti minyak kelapa sawit amat penting untuk diperiksa, salah satu cirinya adalah kandungan lemak bebas. Maka, dalam pengajian ini modifikasi elektrod nanotiub titania telah disediakan untuk menentukan kandungan lemak asid bebas.  Fabrikasi nanotiub titania (TNTs) sebagai elektrod bekerja telah dilakukan menggunakan teknik anodisasi dengan pengubahsuaian beberapa parameter untuk menghasilkan bahan-nano satu-dimensi. Penyelidikan kesan terhadap pelarut, tempoh dan voltan anodisasi telah menunjukkan fabrikasi menggunakan gliserol pada potensi 30 V dan 2 jam prosess menghasilkan susunan nanotiub yang baik dan diameter nanotiub sekitar 65 nm sehingga 85 nm dan ketebalan dinding nanotiub di dalam lingkungan 15 nm hingga 18 nm. Formula empirik untuk TNTs adalah TiO2, ianya mempamerkan fasa anatasa dan berbentuk tetragon. Pencirian elektrokimia  menunjukkan TNTs menghasilkan peningkatan arus ganda dua dan luas permukaan aktif adalah 0.0711 cm2.

Ciri voltammetrik naftakuinon dengan kehadiran asid palmitik pada elektrod TNTs termodifikasi telah dikaji di dalam larutan asetonitril:air (1:1) mengandungi 0.1 M LiClO4 . Kaedah yang dicadang ialah berdasarkan penurunan voltammetrik 2-metil-1,4-naftakuinon. Kaedah ini, menunjukkan kelinearan baik kepada kepekatan asid palmitik di dalam julat 2.3 mM hingga 6.2 mM (R2= 0.9862) dengan had pengesanan adalah 1.006 mM. Kaedah yang dicadangkan telah dibandingkan  dengan kaedah piawai untuk penentuan  asid palmitik (R2=0.6110) dengan kedua-dua kaedah. Kebolehhasilan dan kebolehulangan telah dijalankan dan mencatatkan sisihan piawai relatif adalah 2.48% dan 5.49%.

Gambar: Keratan rentas Nanotiub Titania yang disediakan pada suhu 30 V selama 2 jam.

 

*Abstrak tesis (Master) oleh Nor Hidayat binti Yusof.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Jaafar Abdullah, PhD
Pengerusi
jafar@upm.edu.my

Tarikh Input: 25/02/2022 | Kemaskini: 25/02/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCMAE~