Filem Nipis RGO-PAMAM Bersepadu Dengan Teknik SPR Untuk Pengesanan Virus Denggi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Filem Nipis RGO-PAMAM Bersepadu dengan Teknik SPR untuk Pengesanan Virus Denggi

Filem Nipis RGO-PAMAM Bersepadu dengan Teknik SPR untuk Pengesanan Virus Denggi

Penderiaan resonan plasmon permukaan (SPR) disepadukan dengan filem penderiaan untuk pengesanan awal virus denggi telah diusulkan untuk menghentikan wabak denggi. Empat jenis filem penderiaan, iaitu Au/Fe-NCC-CTAB/IgMAu/CdSQDs-RGO/IgMAu/CdSQDs-PAMAM/IgM, dan Au/DSU/RGO-PAMAM/IgM dinilai untuk kepekatan virus denggi E-proteins (DENV-2 E-proteins) yang berbeza. Daripada filem-filem penderiaan tersebut, filem penderiaan Au/DSU/RGO-PAMAM/IgM merupakan filem penderiaan yang sangat berkesan kerana mempunyai had kuantitatif yang terendah dan pertalian pengikatan yang paling tinggi. Selanjutnya, filem penderiaan Au/DSU/RGO-PAMAM/IgM telah dioptimumkan untuk meningkatkan kepekaan pengesanan. Kepekaan dan pertalian pengikatan yang yang sangat baik telah diperolehi sebanyak 333.896°/nM dan 9.345 TM-1. Parameter penderiaan yang lain seperti lebar penuh pada separuh maksimum (FWHM), ketepatan pengesanan (DA), dan angka merit (FOM) telah berjaya diukur pada 0.00008 nM (0.8 fM) virus denggi E-proteins, menunjukkan had kepekatan terbaik yang diperolehi setakat ini selama 8 minit masa pengesanan.

 

Dalam kajian pemilihan, filem penderiaan ini telah berjaya membezakan DENV-2 E-proteins dalam campuran analit yang bersaing. Pemulihan yang diperolehi dari spiked bovine serum albumin adalah antara pemulihan yang boleh diterima sebanyak 80-120%. Kajian dari spektroskopi inframerah (FTIR), spektroskopi ultra ungu cahaya nampak inframerah (UV-Vis-NIR) yang dilihat oleh ultraungu, dan mikroskopi kuasa atom (AFM) mengesahkan kehadiran kumpulan-kumpulan berfungsi, pergeseran jalur penyerapan, dan kenaikan nilai kekasaran permukaan dari 1.56 nm ke 3.19 nm disebabkan hubungan pengikatan lapisan penderian kepada virus denggi E-proteins. Secara keseluruhannya, filem penderiaan Au/DSU/RGO-PAMAM/IgM bersepadu penderiaan SPR mempunyai potensi yang tinggi sebagai diagnostik point-of-care untuk menyaring kehadiran virus denggi pada penderma darah tanpa gejala.

*Ringkasan tesis (Doktor Falsafah) oleh Nuralia Sheh Omar.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Prof. Madya Dr. Yap Wing Feng
Pengerusi
yapwingfen@upm.edu.my

Maklumat lain boleh juga diperolehi melalui pautan di bawah: 
Y.W. Fen and N.A.S. Omar.

Tarikh Input: 25/02/2022 | Kemaskini: 25/02/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCKAC~