GrafinTokâ„¢, Minyak Pelincir Aditif Menggunakan Grafin | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » GrafinTokâ„¢, Minyak Pelincir Aditif Menggunakan Grafin

GrafinTokâ„¢, Minyak Pelincir Aditif Menggunakan Grafin

GrafinTok™, minyak pelincir aditif menggunakan grafin berupaya meningkatkan kecekapan dan kuasa enjin, mengurangkan pelepasan karbon dan menjimatkan bahan api. Grafin, elemen utama yang digunakan dalam membangunkan inovasi ini, memberi perlindungan menyeluruh pada omboh kereta dengan mengurangkan geseran pada omboh kerana sifatnya yang berkeupayaan tinggi bagi melindungi permukaan logam dan mengurangkan penggeseran.

 
GrafinTok™ memberi pengguna kebaikan daripada segi penjimatan kos dan bahan api, sebagai minyak pelincir aditif yang memanjangkan hayat minyak enjin dan menyejukkan enjin kenderaaan. Inovasi yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof. Dr. Janet Lim Hong Ngee ini sesuai untuk semua jenis kereta, dan digunakan dengan hanya perlu mencampurkan GrafinTok™ ke dalam minyak enjin.

 
Ia membantu meningkatkan kecekapan enjin dengan mengurangkan pelepasan hidrokarbon (HC), karbon monoksida (CO) dan nitrogen monoksida (NO) sebanyak 50 peratus, menghidupkan semula enjin lembap, serta mengurangkan bunyi dan getaran sebanyak 10 peratus untuk pemanduan yang lebih lancar dan senyap. Bagi kereta dengan kapasiti minyak enjin 5L ke bawah, hanya satu botol GrafinTok™ mengandungi 120 ml perlu dicampur ke dalam minyak enjin, manakala kereta dengan kapasiti minyak enjin 5L ke atas pula memerlukan dua botol GrafinTok™.

 
Inovasi ini direka khusus untuk menangani isu penggeseran yang tinggi pada permukaan logam (omboh), menghapuskan masalah logistik dan kos, sekali gus menjadikannya sebagai minyak enjin aditif yang berbaloi dan mesra pengguna kerana dikendalikan secara 'Do-It-Yourself'. GrafinTok™ bertindak melindungi permukaan antara besi, bagi mengurangkan penggeseran, seterusnya meningkatkan kuasa enjin kereta. Pengurangan geseran akan menjadikan enjin kereta lebih senyap dan mengurangkan getaran, seterusnya menjadikan pemanduan lebih lancar.


Ia fokus untuk menjadi ‘ciptaan hijau’ yang menjimatkan perbelanjaan pengguna dengan mengurangkan keperluan menukar minyak enjin secara kerap kerana ia mengurangkan sisa minyak kotor. GrafinTok™ ialah bahan tambahan enjin yang bertujuan untuk mengatasi isu biasa dalam kalangan pengguna dan industri automotif iaitu harga minyak enjin yang mahal, dan boleh digunakan oleh pelbagai jenis kereta.

 


Inspirasi menghasilkan GrafinTokTM ini adalah daripada pengalaman ayah Prof. Dr. Janet sendiri sebagai pemandu teksi yang selalu merungut tentang masalah kereta bising, getaran kuat dan lembap. Inovasi itu memenangi pingat emas pada International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) Malaysia 2021. Ia telah dipatenkan dan kini dikomersialkan melalui syarikat start-up GO Advanced Solutions Sdn Bhd di bawah Putra Science Park (PSP), UPM.


Ia juga pemenang utama ‘Versatile Graphene’ pada Anugerah Usahawan Penyelidik sempena Tahun Pengkomersilan Malaysia 2018 anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.  

 

Saksikan video berkenaan GrafinTokTM  di sini.

 

 

Sumber rujukan di sini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Prof. Dr. Janet Lim Hong Ngee

Penyelidik Bersekutu

Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)

Institut Nanosains dan Nanoteknologi, UPM
hongngee@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCSAs~