Resin Plastik Biodegradasi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Resin Plastik Biodegradasi

Resin Plastik Biodegradasi

Sejak kebelakangan ini, kebimbangan alam sekitar di kalangan orang ramai terhadap penggunaan plastik yang berasaskan polyolefin seperti poli(etilena) (PE), poli(propilena) (PP), dan poli(etilena tereftalat) (PET) semakin meningkat. Sifat ketidakbiodegradasi bagi produk plastik tersebut mengakibatkan pencemaran plastik, yang melibatkan pembentukan jumlah sisa plastik yang mendadak di tapak pelupusan sampah dan peningkatan pengeluaran gas rumah kaca. Semua masalah tersebut yang berkaitan dengan penggunaan plastik tidak biodegradasi atau plastik sintetik telah mencetuskan idea untuk mencari bahan-bahan baru yang berasaskan bio sebagai alternatif di kalangan para penyelidik.

Resin plastik biodegradasi ini direka bentuk daripada poli(asid laktik) dan agen pemplastik. Kedua-dua poli(asid laktik) dan agen pemplastik berasal dari tumbuhan, di mana ia mesra alam, biodegradasi, boleh dikompos, dan berasal dari sumber yang boleh diperbaharui dan lestari. Ia juga mengurangkan kebergantungan global terhadap bahan api fosil dan mengurangkan penjanaan bahan berbahaya. Resin plastik biodegradasi ini telah diubahsuai untuk mengikuti sifat-sifat plastik konvensional. Tambahan pula, proses kami menggunakan pemplastik berasaskan tumbuhan dan bukannya pemplastik berasaskan bahan kimia yang sangat toksik, dan menghasilkan plastik yang bebas dari bispenol A . Jadi, bukan hanya plastik yang lebih selamat, tetapi proses pembuatan juga lebih bersih. Bio-resin ini menawarkan potensi untuk menggantikan bahan plastik yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dengan sumber yang boleh diperbaharui, menghasilkan bekalan yang mencukupi, pengeluaran lestari, pengeluaran gas rumah kaca yang lebih rendah, dan harga yang kompetitif.

   

Prof. Madya Dr. Nor Azowa Ibrahim
Penyelidik Bersekutu
Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL)
Institut Teknologi Maju, UPM
E-mel: norazowa@upm.edu.my

Tarikh Input: 15/04/2020 | Kemaskini: 15/04/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCQAr~