Sintesis Dan Pencirian Mangkin Heterogen Bermagnetik Dwi-Fungsi Terbitan Sekam Padi Untuk Penghasilan Biodiesel Daripada Minyak Terpakai | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Sintesis dan Pencirian Mangkin Heterogen Bermagnetik Dwi-Fungsi Terbitan Sekam Padi untuk Penghasilan Biodiesel daripada Minyak Terpakai

Sintesis dan Pencirian Mangkin Heterogen Bermagnetik Dwi-Fungsi Terbitan Sekam Padi untuk Penghasilan Biodiesel daripada Minyak Terpakai

Pemangkin dwi-fungsi heterogen berjaya disintesis dengan impregnasi Kâ‚‚O dan sebatian magnet seperti Feâ‚‚O₃ dan NiO ke atas arang sekam padi. Pemangkin yang disintesis diciri menggunakan XRD, BET, TPD-COâ‚‚, TPD-NH₃, TGA-DTA, FTIR, FESEM-EDX and VSM. Luas permukaan pemangkin yang disediakan melebihi 20 m²g⁻¹ dan mempunyai tinggi struktur berliang yang mampu meningkatkan bilangan tapak aktif, mengatasi masalah resapan antara pemangkin-minyak-metanol dan meningkatkan pemangkinan transesterifikasi.

Penggunaan pemangkin bermagnet dikenali boleh memudahkan proses pemisahan pemangkin daripada medium tindak balas dengan menggunakan medan magnet. Analisis VSM menunjukkan pemangkin RHC/Kâ‚‚O-20 wt.%/Fe-5 wt.% dan RHC/Kâ‚‚O-20 wt.%/Ni-5 wt.% masing-masing mempunyai sifat magnet 7.88 emug⁻¹ dan 2.31 emug⁻¹ memadai untuk pemisahan pemangkin. Tambahan pula, peratusan pemulihan pemangkin bermagnet dianggarkan melebihi 80 % selepas 6 kali tindak balas pemangkinan.

Dalam kajian ini, pemangkin digunakan untuk transesterifikasi minyak masak terpakai kepada biodiesel dengan menggunakan radas refluks konvensional. Aktiviti pemangkinan oleh RHC/Kâ‚‚O-20 wt.%/Fe-5 wt.% and RHC/Kâ‚‚O-20 wt.%/Ni-5 wt.% menunjukkan penghasilan biodiesel tertinggi sebanyak 98.6 % dan 98.2 % pada keadaan separa optimum seperti berikut; muatan pemangkin 4 wt.% nisbah pemangkin kepada kepekatan methanol iaitu UCO 12:1 suhu tindak balas masing-masing pada 75 °C dan 65 °C serta masa tindak balas iaitu 4 jam dan 2 jam. Pemangkin boleh diguna semula sehingga lima kitaran dan menghasilkan biodiesel melebihi 70.0 %.

Sifat bahan api biodiesel dikenalpasti dengan menggunakan ASTMD 6751 dan hasil mendapati biodiesel berada pada had yang dibenarkan serta bersifat yang hampir sama dengan bahan api diesel. Kesimpulannya, kedua-dua pemangkin dwi-fungsi heterogen bermagnet RHC/Kâ‚‚O-20 wt.%/Fe-5 wt.% and RHC/Kâ‚‚O-20 wt.-%/Ni-5 wt.% menujukkan keupayaan dalam transesterifikasi sumber minyak gred rendah kerana tinggi kecekapan pemangkinan, pemulihan, kebolehgunaan semula dan stabil.

Field Emission Scanning Elektron Microscope (FESEM) images:
Perubahan sekam padi kepada karbon teraktif sekam padi yang berstruktur berliang dan dengan impregnasi pemangkin.

 

*Abstrak tesis (Master) oleh Balkis Hazmi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Umer Rashid, PhD
Pengerusi
umer.rashid@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 21/03/2022 | Kemaskini: 21/03/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCIAx~