Bengkel Pemurnian Modul Nanoteknologi Dan Nanosains | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Pemurnian Modul Nanoteknologi dan Nanosains

Bengkel Pemurnian Modul Nanoteknologi dan Nanosains

SERDANG, Jun 2023 – Satu bengkel bertajuk penulisan modul nanoteknologi dan nanosains (pemurnian) telah diadakan Rabu, 15 Jun 2023. Bengkel sehari ini bermula pada jam 9.00 pagi telah diadakan di Dewan Seminar, ION2 di bawah anjuran Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM), ION2. Bengkel ini diadakan dengan objektif untuk menulis dan menyemak hasil penulisan secara kolektif melalui sumbang saran dan perbincangan, menambahbaik draf modul dan memurnikan bab-bab dan intipati penulisan modul tersebut.

Bengkel telah di rasmikan oleh Pengerusi JINM ION2, Prof. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid dan di fasilitasi oleh Puan Juraina Md Yusof dan Puan Rosnah Nawang.   Seramai 16 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada dan penulis dan ahli jawatankuasa JINM.  Turut hadir pada hari tersebut adalah En. Ismarul Nizam Abd Kadir daripada Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) yang bertindak sebagai rakan strategik bagi penghasilan modul ini. Bengkel diakhiri dengan pembentangan hasil dapatan modul daripada 5 kumpulan. Bengkel ini berjaya mencapai objektif awal di mana keseluruhan bab di dalam modul telah dapat dihasilkan dan ditambahbaik dengan efektif dan sistematik.

 

Dilaporkan oleh,

Puan Juraina Md Yusof,
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGAa~