NPTL Anjur Program Pemindahahan Ilmu Di SMK Sri Indah | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » NPTL anjur Program Pemindahahan Ilmu di SMK Sri Indah

NPTL anjur Program Pemindahahan Ilmu di SMK Sri Indah

SERDANG, 17 Ogos- Satu program pemindahan ilmu nanosains dan nanoteknologi telah berjaya diadakan pada 16 Ogos 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah (SMK Sri Indah), Serdang. Program anjuran NPTL ini merupakan kali pertama diadakan di sekolah tersebut.

Program ini telah dihadiri seramai 93 orang pelajar aliran sains tulen tingkatan empat dan lima. Ia dimulakan dengan pengenalan Institut Nanosains dan Nanoteknologi oleh Pn. Juraina selaku penyelaras jaringan industri dan masyarakat ION2. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah bertajuk “Pengenalan kepada Nanosains dan Nanoteknologi” yang telah disampaikan oleh Ketua Laboratori NPTL, Prof. Madya Dr. Siti Hajar Othman.

“Sebelum ini tiada mana-mana fakulti atau institut dari UPM yang mengadakan program seumpama ini di sekolah kami. Kami harap ada lanjutan daripada program seumpama ini pada masa akan datang”, ujar Puan Noor Subhi Abu Bakar, selaku penasihat Kelab STEM dan guru kimia SMK Sri Indah. Kenyataan ini turut disokong oleh dua guru yang turut serta dalam program tersebut iaitu, Puan Nik Kasmini Awang (Guru Panitia Kimia) dan Puan Hafizoh Harun (guru kimia).

NPTL berharap agar program ini dapat membantu pihak sekolah dan guru khasnya untuk memperkasakan ilmu pengetahuan berkenaan nanosains dan nanoteknologi kepada pelajar aliran sains tulen di sekolah terbabit. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan bertukar cenderamata.

 

Dilaporkan oleh,
Dr Siti Zulaika Razali

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAV~