Penyelidik ITMA Terima Anugerah Sempena Itex 2019 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Penyelidik ITMA Terima Anugerah Sempena Itex 2019

Penyelidik ITMA Terima Anugerah Sempena Itex 2019

KUALA LUMPUR, 4 Mei  – Tiga orang penyelidik daripada ITMA telah memenangi anugerah sempena “International Invention & Innovation Exhibition 2019 (ITEX 2019)” yang ke 30. ITEX 2019 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 hingga 4 Mei yang lalu.

Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman, penyelidik bersekutu ITMA daripada Fakulti Sains telah memenangi pingat emas bagi produk “Biosensor for Rapid Clenbuterol Detection”. Manakala  Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, felo penyelidik ITMA, dan Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Ketua Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), telah menerima pingat perak melalui produk masing-masing iaitu “NANODERMA: A Potent Antifungal Nanodelivery System for Ganoderma Disease Treatment for Oil Palm” dan “External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions”.

Produk Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee turut menerima Anugerah Khas HOMEDEC dan sijil telah disampaikan pada Malam Budaya Cipta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Semoga lebih banyak inovasi bakal tercipta pada masa hadapan.

  

      


 

Tarikh Input: 30/05/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAt~