Kepentingan Penderia | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ARTIKEL » Kepentingan Penderia

Kepentingan Penderia

Di dalam surah Ar-Rahman ayat 4 yang bermaksud,

“Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita boleh berkomunikasi sesama kita dan mudah memahami apa yang diperkataan bagi memastikan kehidupan bermasyarakat dapat berjalan dengan sempurna. Namun selepas terciptanya komputer, manusia telah mula dapat berkomunikasi dengan mesin yang dibina bagi memudahkan kita melakukan perkerjaan seharian. Komunikasi berlaku apabila mesin dapat memahami segala arahan yang diberi kepadanya. Terkini dengan revolusi industri 4.0 (IR4.0) terutama dalam penggunaan penderia serta kecerdikan buatan (AI), mesin telah boleh berkomunikasi sesama mesin tanpa perlu bantuan manusia lagi.

 

 

Didapati dengan penggunaan penderia secara meluas, kini manusia telah dapat berkomunikasi dengan alam. Ini dapat dilakukan kerana alam mempunyai peraturan tertentu yang telah ditetapkan, seperti di dalam surah Ar-Rahman ayat 5 dan 6 yang bermaksud,

“Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.”

Peraturan-peraturan ini adalah konsisten dan boleh diterjemahkan kepada beberapa pemboleh ubah yang boleh kita analisis untuk memahami maksudnya. Maklumat daripada pemboleh ubah ini dapat dikumpul dengan menggunakan penderia dan penderia menukar maklumat tersebut kepada bentuk elektrik yang boleh kita simpan di dalam komputer.

Maka penderia adalah amat penting sebagai perantara untuk kita berkomunikasi dengan alam serta memahami apa yang sedang berlaku. Oleh itu di Institut Nanosains dan Nanoteknologi, kami amat fokus dalam pembangunan penderia terutama bagi meningkatkan kecekapan mereka dengan menggunakan teknologi nano.

 

Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon
Penyelidik Bersekutu
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)
Institut Nanosains dan Nanoteknologi, UPM
mnh@upm.edu.my

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFCLAT~