Bengkel Elektrospinning Siri 1 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Elektrospinning Siri 1

Bengkel Elektrospinning Siri 1

SERDANG, 8 Mac - Bengkel Elektrospinning Siri 1 anjuran bersama Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi, Universiti Putra Malaysia dan Progene Link Sdn. Bhd.  telah berjaya diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom.

Penganjur menjemput tiga orang penceramah daripada industri dan UPM untuk membentangkan pandangan dan pengalaman mereka dalam teknologi elektrospinning. Dr Teng Wan Dung daripada SIRIM Berhad (Pusat Inovasi Industri dalam Nanoteknologi) berkongsi ceramahnya bertajuk "An Introduction of Electrospinning Technology and its Potential Applications" manakala Cik Christine Ng daripada Adastra IP (M) Sdn. Bhd. dibentangkan mengenai harta intelek bertajuk "IP-IT Makes $ense".

Sementara itu, Dr. Norizah Abdul Rahman (penyelidik bersekutu NPTL, UPM) berkongsi hasil penyelidikan menarik beliau berkaitan teknologi elektrospinning. Ceramah beliau bertajuk "Electrospun Nanofiber Mats for Biomedical and Environmental Applications".

Seramai 72 orang peserta daripada UPM dan institusi lain telah menghadiri bengkel ini. Semoga bengkel yang diadakan memberi manfaat dan dapat menyebarkan ilmu berkaitan dengan penggunaan electrospinning dalam bidang nanosains dan nanoteknologi kepada para penyelidik.

 

 

Dilaporkan oleh,
Mohd Ali Mat Nong
Pegawai Penyelidik FNDL

 

Tarikh Input: 14/04/2022 | Kemaskini: 14/04/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAT~