Bengkel Kromatografi Gas | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Kromatografi Gas

Bengkel Kromatografi Gas

SERDANG, 20 September – Satu bengkel berkaitan dengan peralatan kromatografi gas telah diadakan pada 20 September 2022 bertempat di ION2, UPM. Bengkel kromatografi gas ini telah dianjurkan oleh Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), ION2 setiap tahun bermula tahun 2016. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan dan pemahaman berkaitan teori kromatografi gas, pengendalian dan penyelesaian masalah alatan kromatografi gas, penyediaan sampel dan analisis data.

Bengkel satu hari ini telah dihadiri oleh pelajar pasca siswazah dan pensyarah dari pelbagai fakulti termasuk Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Pertanian, fakulti sains, fakulti kejuruteraan dan lain-lain. Bengkel kromatografi ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama adalah berkenaan teori dan sesi kedua adalah praktikal. Sesi pertama telah diadakan di Dewan Seminar ION2 dan sesi kedua dijalankan di Makmal Analisis , ION2.

 

Semua peserta telah memberikan maklumbalas yang positif berkenaan bengkel ini dan mengharapkan bengkel ini dapat menyediakan sesi praktikal yang lebih mendalam terutama berkenaan penyelesaian masalah peralatan dan analisis data. Dr. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr Umer Abdul Rashid yang juga merupakan Felo Penyelidik Kanan ION2.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Siti Zulaika Razali
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdHAr~