ION2 Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Jemaah Pengarah Institut UPM Ke-106 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2) ion2
» BERITA » ION2 Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Jemaah Pengarah Institut UPM ke-106

ION2 Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Jemaah Pengarah Institut UPM ke-106

SERDANG, 3 Ogos 2026 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jemaah Pengarah Institut UPM Ke-106 yang berlangsung pada 3 Ogos 2026, di Bilik Seminar Mega Putra.

Mesyuarat tersebut melibatkan para Pengarah institut, termasuk Pengarah ION2, I-AQUAS, IBS, IKP, ITAFOS, IPSAS, INTROP, IPPH dan IEB yang menyertai mesyuarat secara dalam talian, selain turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Makmal, wakil penyelidik serta Pegawai Tadbir institut.

Sebagai pengisian sebelum mesyuarat, para tetamu telah berkesempatan membuat lawatan ke Makmal FESEM ION2 yang baharu, bagi melihat kemudahan serta fasiliti penyelidikan terkini yang terdapat di institut. Sesi lawatan tersebut turut menjadi platform untuk memperkenalkan keupayaan ION2 dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang nanosains dan nanoteknologi.

Sesi seterusnya diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sebelum mesyuarat rasmi bermula pada jam 2.00 petang. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) institut, perkembangan penyelidikan, geran penyelidikan serta perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pembangunan institut.

Mesyuarat berlangsung sehingga jam 5.30 petang dan berakhir dengan perbincangan serta perkongsian pandangan dalam usaha memperkukuh pencapaian, tadbir urus dan kecemerlangan institusi penyelidikan UPM.

Penganjuran mesyuarat ini turut mencerminkan peranan ION2 sebagai salah satu institut penyelidikan UPM yang aktif dalam menyokong agenda kecemerlangan penyelidikan, jaringan strategik serta perkongsian kepakaran dalam kalangan institut-institut penyelidikan universiti.

 


Dilaporkan oleh,

Wan Nur Syarmimie Wan Azman
Penolong Pendaftar 

Tarikh Input: 18/08/2026 | Kemaskini: 18/08/2026 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (09:58:01pm-10:03:01pm, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]