Serdang, 16 Julai 2025 – Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL) telah berjaya menganjurkan Bengkel Katalis Nano 2025 pada 15 – 16 Julai bertempat di Institut Nanosains dan Nanoteknologi, Universiti Putra Malaysia.
Bengkel ini telah menampilkan dua orang penceramah iaitu Prof. Dr. Chawalit Ngamcharussrivichai dari Universiti Chulalongkorn, Thailand, yang juga merupakan Profesor Adjung ION2, dan Ts. Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik ION2. Antara topik yang dikongsikan adalah pengenalan kepada asas katalis nano, kaedah penyediaan dan kaedah perinciannya.

Selain daripada sesi ceramah, peserta turut dibawa ke laboratori bagi merasai pengalaman menyediakan katalis nano menggunakan kaedah sol-gel dan kaedah co-precipitation yang telah diterangkan secara teori sewaktu sesi ceramah. Sesi hands-on ini telah dikendalikan oleh Dr. Siti Zulaika sebagai fasilitor dan Cik Balkis Hazmi sebagai demonstrator. Katalis nano yang dihasilkan dalam sesi ini akan digunakan dalam sesi pencirian pada hari kedua.
Bengkel intensif ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta termasuk pelajar pasca siswazah dari UPM dan juga pensyarah kejuruteraan daripada Universiti Sunway. Kesemua peserta bengkel telah memberikan maklum balas yang sangat menggalakkan dan berharap agar bengkel seumpama ini diadakan lagi di masa hadapan.
Penganjuran Bengkel Nanokatalis 2025 ini secara jelas menggariskan komitmen berterusan ION2 dalam memajukan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang nanosains dan nanoteknologi, sekaligus menyumbang kepada pembangunan penyelidikan dan inovasi di Malaysia.

Ditulis oleh,
Dr. Siti Zulaika Razali
Pegawai Penyelidik NPTL
Tarikh Input: 17/07/2025 | Kemaskini: 17/07/2025 | roslina_ar

Institut Nanosains dan Nanoteknologi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia