Bengkel Pemantapan Gerak Kerja Dan Penerbitan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Pemantapan Gerak Kerja dan Penerbitan

Bengkel Pemantapan Gerak Kerja dan Penerbitan

PUTRAJAYA, Januari 2022 – Satu program bertajuk Bengkel Pemantapan Gerak Kerja dan Penerbitan telah diadakan pada 18 Januari 2022 bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Bengkel ini telah dianjurkan bagi membincang dan menganalisis gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020-2021. Di samping itu, program ini juga bertujuan merangka hala tuju penyelidikan ke peringkat lebih tinggi dengan membina jaringan kerjasama dan kolaborasi antara universiti dan industri.

Bengkel yang dihadiri seramai 15 orang peserta berlangsung pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen, selaku penyelidik di Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). Sepanjang bengkel, para peserta telah membentangkan perkembangan gerak kerja yang telah dijalankan dan juga perancangan bagi sepanjang tahun 2022. Perancangan ini merangkumi gerak kerja dalam penyelidikan dan juga sasaran untuk penerbitan jurnal. Para peserta juga telah menerima cenderamata di hujung bengkel.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus dalam penyelidikan masing-masing, dan turut berjaya menerbitkan jurnal sepanjang tahun 2020-2021. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang dapat dicapai pada tahun ini (2022).  Bengkel ini juga tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pihak ION2 yang telah membantu bagi melaksanakan program ini. Saya berharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Dengan adanya program ini, secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih ramai pelajar untuk berusaha ke arah yang lebih baik serta dapat menarik minat para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di ION2, UPM.”, kata pengarah bengkel, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen semasa ucapannya pada penutup program.

 

Dilaporkan oleh,
Nur Syahira binti Md Ramdzan

Tarikh Input: 25/01/2022 | Kemaskini: 26/01/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdLA6~