Bengkel Pertama NanoINO: Pengenalan Kepada Nanoteknologi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2) ion2
» BERITA » Bengkel pertama NanoINO: Pengenalan kepada Nanoteknologi

Bengkel pertama NanoINO: Pengenalan kepada Nanoteknologi

SERDANG, 17 Julai - Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL) telah menganjurkan siri bengkel pertama di bawah program komuniti NanoINO. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pemindahan pengetahuan yang dibiayai oleh Skim Geran Pemindahan Ilmu (KTGS) ION2, yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen, ketua FNDL.

Bengkel pertama dalam siri ini, bertajuk "Pengenalan kepada Nanoscience & Nanoteknologi dalam Projek Inovasi dan Reka Bentuk," telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen. Bengkel ini direka khas untuk guru-guru sekolah menengah yang terlibat dalam projek inovasi dan reka bentuk oleh pelajar. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan nanoteknologi kepada pendidik ini dan peluang meneroka kerjasama dengan ION2 untuk memajukan projek inovasi dalam bidang ini. Matlamat akhirnya adalah untuk menggalakkan guru-guru ini serta pelajar mereka menyertai pertandingan inovasi dan reka bentuk di peringkat daerah dan kebangsaan.

Seramai 10 orang guru sekolah menengah telah menghadiri bengkel dalam talian ini, dengan tujuan untuk memperluas pemahaman mereka mengenai projek inovasi berasaskan nanoteknologi. Sesi ini memberikan panduan berharga tentang bentuk sokongan yang boleh diberikan ION2 bagi menyokong inisiatif mereka dan seterunya menyumbang kepada penyertaan mereka dalam pelbagai pertandingan inovasi dan reka bentuk. Bengkel ini berjaya meletakkan asas untuk kerjasama masa depan antara pendidik dan ION2, dengan harapan untuk memajukan aplikasi nanoteknologi dalam konteks pendidikan dan pertandingan.

 

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik ION2

Tarikh Input: 26/07/2024 | Kemaskini: 26/07/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (01:41:30am-01:46:30am, 02 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]