Bengkel Pra-Persidangan ISAMN2025 Kupas Analisis Kristal Melalui XRD | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2) ion2
» BERITA » Bengkel Pra-Persidangan iSAMN2025 Kupas Analisis Kristal melalui XRD

Bengkel Pra-Persidangan iSAMN2025 Kupas Analisis Kristal melalui XRD

SERDANG, 27 Oktober 2025 – Menjelang penganjuran Simposium Antarabangsa ke-9 mengenai Bahan Termaju dan Nanoteknologi (iSAMN2025), satu bengkel Pra-persidangan bertajuk “Unveiling Crystals with XRD” telah berjaya diadakan di Bilik Seminar Mega Putra, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bengkel ini dianjurkan khas untuk peserta berdaftar iSAMN2025 dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd., bertujuan memberikan pendedahan mendalam mengenai Pembelauan Sinar-X (X-Ray Diffraction, XRD)—salah satu kaedah analisis paling penting dalam mengenal pasti struktur kristal dan sifat bahan.

Bengkel ini menampilkan dua penceramah pakar daripada RGS Corporation Sdn. Bhd., iaitu Cik Carol Tiew Kai Ruo, Jurutera Aplikasi, dan Dr. Low Yiin Jian, Pakar Aplikasi. Kedua-duanya membimbing peserta dalam memahami aspek teori serta praktikal berkaitan analisis XRD.

Sesi pagi, yang turut disiarkan secara langsung melalui Zoom, memberi penerangan asas mengenai struktur kristal, hukum Bragg serta prinsip pembelauan serbuk (powder diffraction). Pada sesi petang pula, peserta berpeluang mengikuti demonstrasi kaedah Bragg-Brentano (BB) dan Parallel Beam (PB), pengukuran sampel serbuk, serta analisis filem nipis menggunakan teknik GI-XRD dan XRR.

Bengkel interaktif ini menyediakan peluang berharga kepada penyelidik dan pelajar pascasiswazah untuk memperkukuh kefahaman teknikal serta kemahiran analisis mereka dalam bidang sains bahan—sekaligus membuka tirai dengan penuh semangat bagi simposium utama iSAMN2025.

 

Dilaporkan oleh,
Roslina Abdul Rashid

Tarikh Input: 04/11/2025 | Kemaskini: 04/11/2025 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (12:53:36am-12:58:36am, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]