Bengkel Semakan Data HICoE ION2 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Semakan Data HICoE ION2 2023

Bengkel Semakan Data HICoE ION2 2023

SERDANG, Mei 2023 - Bengkel semakan data HICoE ION2 2023 telah dilaksanakan pada 8 dan 9 Mei sebagai inisiatif ION2 untuk memohon penarafan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) untuk tahun 2023 bermula 17 April 2023. Peserta bengkel adalah terdiri daripada Pengarah ION2 dan semua ahli jawatankuasa kerja HICoE ION2.

Pada hari pertama bengkel, satu pembentangan ringkas telah dibuat oleh Dr. Intan Helina Hasan berkenaan status terkini pengumpulan data HICoE. Bengkel kemudian diteruskan dengan semakan dan pemurnian data HICoE. Pada sebelah petang pula, bengkel telah dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Hamiruce Marhaban untuk bersama-sama menyemak dan memberi pandangan berkenaan data HICoE ION2 yang telah dikumpul setakat ini.

Hari kedua bengkel diteruskan dengan pemurnian data sambil mengadakan perbincangan antara ahli jawatankuasa. Sebelum bengkel tamat, semua ahli telah dimaklumkan berkenaan tarikh-tarikh penting permohonan HICoE dan strategi pelaksanaan pengumpulan data sebelum permohonan dihantar ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UPM sebelum 31 Mei 2023.

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdHAC~