Bengkel Semakan Keberkesanan ISAMN2022 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel Semakan Keberkesanan iSAMN2022

Bengkel Semakan Keberkesanan iSAMN2022

SERDANG, Mac - Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan Bengkel Semakan Terperinci Dan Kajian Keberkesanan iSAMN2022 pada 17 Mac 2023 bertempat di La’pprenti UPM dan telah dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa iSAMN2022.

Penganjuran Bengkel Semakan Terperinci Dan Kajian Keberkesanan iSAMN2022 ini bertujuan untuk membincangkan keberkesanan penganjuran iSAMN2022 yang telah diadakan pada 7-8 Disember 2022 secara dalam talian dengan menggunakan Aplikasi Zoom. Penilaian keberkesanan penganjuran iSAMN2022 ini sangat penting untuk   mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu penganjuran iSAMN di masa akan datang. 

Bengkel dimulakan dengan sesi perbincangan tentang keberkesanan penganjuran iSAMN2022, diikuti sesi perbincangan tentang kriteria keperluan permohonan scopus. Perbincangan tentang kriteria permohonan scopus ini dilihat penting kerana ianya selari dengan hasrat pihak pengurusan ION2 yang ingin melihat agar Prosiding iSAMN dapat diangkat lebih tinggi dan diindekskan dalam scopus. Sesi terakhir dalam bengkel ini ialah sesi Latihan Penggunaan Sistem EDAS yang telah disampaikan oleh Encik Md Ali Rani, Pegawai Sains ION2. Sistem EDAS telah digunakan sejak 2017 untuk memudahkan urusan pemprosesan manuskrip, termasuk menyemak dan membuat keputusan manuskrip serta menghantar e-mel kepada peserta.

Beberapa resolusi dan cadangan telah dapat dirumuskan daripada bengkel ini dan diharap agar ianya dapat membantu meningkatkan keberkesanan penganjuran iSAMN di masa akan datang dan dapat membantu memudahkan proses permohonan mengindekskan prosiding iSAMN dalam Scopus.

Disediakan oleh,

Dr. Rosnah Nawang

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAr~