Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3)

Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3)

SERDANG, 17 November - Bengkel The 3rd Malaysian Metal-Organic Frameworks (MyMOF3) anjuran Foundry of Reticular Materials for Sustainability (FORMS) telah berlangsung dengan jayanya dari 14-17 November 2022.

FORMS yang berpusat di Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah diwujudkan untuk menerajui penyelidikan translasi MOF di Malaysia melalui rangkaian penyelidikan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of California, Berkeley (UCB). Bengkel ini dijalankan di ION2 dan Fakulti Sains, UPM dengan peserta dari UM, USM dan UPM. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada dua bengkel sebelum ini yang pertama kali diadakan pada tahun 2017.

Bengkel intensif sehari penuh dikendalikan oleh Encik Kyle E. Cordova (Royal Scientific Society, Jordan), Dr. Felipe Gandara (Materials Science Institute of Madrid), Dr Muhammad Alif Mohammad Latif (UPM) dan Dr Uwesh Tiwari (Malvern Panalytical). Para peserta telah didedahkan kepada kimia retikular: sintesis, pencirian, dan aplikasinya secara khusus untuk rangka kerja logam-organik. Pengenalan kepada kimia pengkomputeran MOF juga diberikan untuk menyediakan lebih banyak cara dalam memahami kerja struktur MOF.

 

Disediakan oleh,

Dr. Mohamed Ibrahim Mohamed Tahir,
Pensyarah Kanan,
Jabatan Kimia, Fakulti Sains

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDAD~