International Symposium On Advanced Materials And Nanotechnology 2020 (iSAMN2020) | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology 2020 (iSAMN2020)

International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology 2020 (iSAMN2020)

Penganjuran International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology 2020 (iSAMN2020) sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya impak dari pendemik Covid19 yang telah melanda seluruh dunia. Rancangan asal pada mulanya yang sepatutnya diadakan di Turki terpaksa diubah bagi menyesuaikan dengan pendemik yang melanda. Dengan persetujuan penganjur bersama dengan rakan dari 2 buah universiti di Turki iaitu Universiti Ataturk dan Universiti Teknikal Erzurum, penganjuran kali ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan kemudahan konferens dalam jaringan. Seramai 106 orang peserta dari beberapa negara telah menyertai konferens kali ini yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 1-3 Disember 2020.

Bertemakan “Functional Nano-structured Materials and Devices’, acara pada tahun ini meliputi bidang prinsip asas sehinggalah teknologi terkini bahan termaju dan teknologi nano.

    

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Prof. Dr Mohd Nizar Hamidon, Pengarah Institut Teknologi Maju, dikuti dengan ucapan pembukaan oleh Rektor, Universiti Ataturk, Prof. Dr. Ömer Çomaklı dan Rektor, Universiti Teknikal Erzurum, Prof. Dr. Bülent Çakmak. Majlis perasmian  tahun ini diserikan lagi dengan kesudian YBhg Prof Dr Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, untuk merasmikan acara pembukaan. Dalam ucapan perasmian, YBhg Naib Canselor merasa amat berbangga kerana ITMA dapat mengekalkan acara tahunan yang sudah berlangsung selama 18 tahun. Seusai ucapan perasmian, Prof. Dr. Muammer Yaylali, salah seorang Ahli, “Board of Education Council”, Turki telah sudi menyampaikan ucapan balas.

Seramai 15 orang pakar dari pelbagai bidang teknologi nano dan bahan termaju telah menyampaikan ucaputama mengikut kepakaran masing-masing. Hari pertama menyaksikan 4 sesi ucaputama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman,  (Universiti Putra Malaysia), Prof. Dr. RaÅŸit Turan (Middle East Technical University, Turki) diikuti oleh Prof. Dr. Ayse Bayrakceken Yurtcan (Universiti Ataturk, Turki) serta Prof. Dr. Songul Duman (Universiti Teknikal Erzurum, Turki) sebagai penutup untuk hari pertama.

   

Hari kedua menyaksikan 6 ucaputama telah disampaikan oleh beberapa pakar dari Malaysia, Turki dan United Kingdom. Prof. Dr. Nor Azah Yusof (Universiti Putra Malaysia) telah  menyampaikan ucaputama diikuti oleh Prof. Madya Dr. Mohd Ambri Mohamed (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf (Universiti Sains Malaysia). Sesi kedua ucaputama telah disambung seusai selesai sesi pleno yang terbahagi kepada 3 sesi. 2 pakar dari Turki dan satu dari United Kingdom telah menyampaikan ucaputama masing-masing. Mereka adalah Prof. Dr. Bulent Cavusoglu dari Universiti Ataturk, Turki, dikuti oleh Prof. Dr. Levent Trabzon dari Universiti Teknikal Istanbul dan Dr.  Tapas Sen dari University of Central Lancashire, United Kingdom.  

5 lagi pakar telah menyampaikan sesi ucaputama pada hari ketiga iaitu Prof. Ir. Dr. Norhayati Soin (Universiti Malaya), Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hasan (Universiti Putra Malaysia) disusuli oleh Dr. Fauzan Ahmad (Universiti Teknologi Malaysia). Sesi kedua pula memyaksikan Prof. Dr. Sebahattin Tüzemen dan Prof. Madya Dr. Guven Turgut masing-masing dari Universiti Ataturk dan Universiti Teknikal Erzurum, Turki telah menyampaikan ucaputama mereka sebagai penutup kepada ucaputama pada simposium kali ini. Selain dari itu, sebanyak 70 kertas kerja telah disampaikan di dalam 3 sesi pleno berasingan yang berlangsung sepanjang 3 hari tersebut.

     

Semasa berucap di majlis penutup, Pengerusi iSAMN2020, Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon berharap acara tahunan ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang kepada semua peserta dalam menjalankan penyelidikan yang lebih terkehadapan. Ucapan balas acara penutup ini telah disampaikan oleh Prof Dr. Mehmet Ertergrul sebagai mewakili Rektor, Universiti Ataturk dan Prof. Dr. Bülent Çakmak, Rektor, Universiti Teknikal Erzurum. 

Secara keseluruhannya, simposium pada tahun ini telah membuka ruang dan memberi dimensi dan pengalaman baru kepada peserta dan dan mereka yang akan terlibat di dalam merancang penganjuran simposium dan konferens pada masa akan dating menggunakan kaedah dalam talian. Kepelbagaian kepakaran ucaputama dan kertas kerja menjadi daya penarik kepada peserta di dalam berkongsi maklumat dan teknologi terkini dalam mengembangkan penyelidikan masing-masing. Berjumpa lagi di iSAMN2021!!

    

 

 

Disediakan oleh:

En. Md Ali Rani dan Dr. Intan Helina Hasan

Tarikh Input: 30/12/2020 | Kemaskini: 30/12/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdKAg~