ION2 Agihkan 200 Pek Bubur Lambuk | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Agihkan 200 Pek Bubur Lambuk

ION2 Agihkan 200 Pek Bubur Lambuk

SERDANG, 5 April- Insitut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) melalui Kelab Kebajikan dan Sosial ION2 (KKS) telah mengagihkan 200 pek bubur lambuk kepada para pelajar dan perseorangan yang lalu di sekitar laman ION2 serta staf ION2 pada 5 April yang lepas.

Program Agihan Bubur Lambuk ini kembali dilaksanakan selepas COVID-19 melanda. Untuk rekod, ION2 pernah mengadakan program ini sebelum COVID-19 yang dimasak secara beramai-ramai. Program seumpama ini merupakan satu antara program amal bakti yang dilaksanakan oleh ION2 untuk komuniti setempat.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan KKS dan semoga kita semua mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.

 

Dilaporkan oleh,

Rokiah Deraman
Setiausaha, KKS

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 17/04/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDAA~