ION2 Anjur Bengkel Pembelauan Sinar-X | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Anjur Bengkel Pembelauan Sinar-X

ION2 Anjur Bengkel Pembelauan Sinar-X

SERDANG, Mac 2022- ION2 menganjurkan Bengkel X-Ray Difraction (XRD) baru-baru ini yang bertujuan untuk mengajar peserta cara menganalisis data sampel serbuk dan filem nipis menggunakan perisian Smart Lab Studio II.

Dr Muhammad Firdaus bin Omar, Perunding Aplikasi di RGS Corporation Sdn Bhd (RGS) dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, telah mengetuai bengkel dua hari ini, dibantu oleh Cik Shasha Ainaa Zulyazan, Jurutera Aplikasi RGS.

Program ini dijalankan sepenuhnya di makmal XRD, dengan sekumpulan kecil pelajar dan penyelidik ION2 sebagai peserta. Semua peserta memberi respons yang positif dan mengambil bahagian secara aktif dalam kedua-dua sesi ceramah dan “hands-on”.

Selain daripada petua menganalisis data XRD, Dr. Firdaus, yang mempunyai pengalaman luas dengan XRD, berkongsi beberapa petua mengenai penyediaan sampel dan kaedah ujian untuk beberapa jenis sampel yang berbeza. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua peserta dan pegawai yang terlibat dari segi pembangunan kemahiran dan kecekapan analisis mereka.

Tarikh Input: 21/03/2022 | Kemaskini: 14/04/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAc~