ION2 Anjurkan Program Mengimarahkan Ramadan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Anjurkan Program Mengimarahkan Ramadan

ION2 Anjurkan Program Mengimarahkan Ramadan

SERDANG, April 2023- Insitut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah mengadakan dua program bagi mengimarahkan bulan Ramadan 1444H yang diterajui oleh Kelab Kebajikan dan Sosial ION2 (KKS).

Majlis iftar dan solat tarawih berjemaah diadakan pada 10 Ramadan 1444 bersamaan 1 April 2023 bertempat di Dewan Seminar ION2 yang dihadiri oleh 80 orang terdiri daripada 15 keluarga.

Aktiviti tahunan ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan, tetapi untuk merapatkan silaturahim serta dapat mengenali lebih dekat ahli keluarga ION2 selain mengembalikan nostalgia berbuka bersama keluarga besar. Majlis berbuka puasa ini adalah hasil sumbangan semua staf ION2 dan KKS.

Selain majlis berbuka, KKS turut menganjurkan program ceramah Ramadan dengan mengundang Ustaz Johari Abdul Wahab pada 3 April 2023 ke ION2. Ceramah yang disampaikan bertajuk “Tips Keberkatan Bulan Ramadan”. Antara tip yang dikongsi adalah amalan bagi meraih pahala beribadah sepanjang malam. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

 

Dilaporkan oleh,

Rokiah Deraman
Setiausaha, KKS

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 17/04/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAT~