ION2 Dinobatkan Institut/Akademi Terbaik Tahun 2024 Di ICAN 2025 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Dinobatkan Institut/Akademi Terbaik Tahun 2024 di ICAN 2025

ION2 Dinobatkan Institut/Akademi Terbaik Tahun 2024 di ICAN 2025

PUTRAJAYA, 29 Sept – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM), dinobat sebagai Institut/Akademi Terbaik Tahun 2024 pada Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN 2025) yang berlangsung di sini semalam.

Pengiktirafan berprestij itu diberikan sebagai mengiktiraf kecemerlangan ION2 dalam memperkukuh jaringan strategik bersama industri dan komuniti, selain komitmennya dalam melaksanakan penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain anugerah utama tersebut, rakan kerjasama strategik ION2 turut menerima dua lagi pengiktirafan penting di ICAN 2025, iaitu:

  • Anugerah Rakan Industri Terbaik kepada Synchrotron-Light for Experimental Science and Applications in The Middle East (SESAME) menerusi Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, penyelidik bersekutu ION2; dan

  • Anugerah Rakan Komuniti Terbaik kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama (SMK Kajang Utama) menerusi projek KTGS@ION2 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norizah Abdul Rahman, penyelidik bersekutu ION2.

Majlis ICAN, yang dianjurkan setiap dua tahun oleh UPM, bertujuan menghargai sumbangan rakan industri, komuniti dan warga universiti dalam memperkukuh jaringan strategik serta memperluas impak penyelidikan universiti bagi tahun 2023 dan 2024.

Pengarah ION2, Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid, berkata kejayaan tersebut merupakan hasil dedikasi seluruh warga ION2 yang komited memajukan dan memperkenalkan bidang nanosains serta nanoteknologi di UPM.

“Kejayaan ini mencerminkan kekuatan kolaborasi antara ION2, rakan industri dan komuniti dalam melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja memperkukuh reputasi universiti, malah memberi manfaat langsung kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyelidik dan rakan strategik yang terus menyokong usaha ION2 dalam memperkasa ekosistem penyelidikan nanosains dan nanoteknologi di Malaysia.

 

Dilaporkan oleh:
Siti Hajarul Kasdi

Tarikh Input: 23/10/2025 | Kemaskini: 23/10/2025 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (03:53:34pm-03:58:34pm, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]