ION2 Menerima Kunjungan Delegasi SMS Tuanku Aishah Rohani | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Menerima Kunjungan Delegasi SMS Tuanku Aishah Rohani

ION2 Menerima Kunjungan Delegasi SMS Tuanku Aishah Rohani

ION2 telah menerima kunjungan 40 orang pelajar dan 3 orang guru daripada SMS Tuanku Aishah Rohani (Science Girls School), Seremban pada 12 Oktober 2022. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya terhadap aktiviti-aktiviti penyelidikan nanoteknologi di ION2 dan peralatan berteknologi tinggi yang digunakan dalam proses menghasilkan bahan nano.

Program ini juga merupakan titik permulaan hubungan kerjasama antara SGS dan ION2 dalam pembangunan projek inovasi nanoteknologi bagi pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang akan datang selain melahirkan generasi celik inovasi.

Program dimulakan dengan kata aluan dan sesi pengenalan ION2 oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah ION2. Selepas sesi bergambar, pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dibawa melawat ke laboratori-laboratori dan juga makmal analisis untuk mendengar penerangan lanjut berkenaan penyelidikan yang dijalankan dan juga analisis yang dilaksanakan di ION2.

Selepas itu, satu sesi perbincangan telah diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dengan penyelidik ION2. Pada akhir program, pelajar telah mengambil bahagian dalam sesi kuiz ION2 yang bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman pelajar dalam sesi program lawatan kali ini.

Diharap program ini akan dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk menghasilkan idea-idea kreatif dan inovatif yang boleh dipertandingkan dalam pertandingan projek inovasi peringkat kebangsaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 21/11/2022 | Kemaskini: 21/11/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDAt~