ION2 Menyertai Program Nano Kebangsaan (NanoKEB) 2022 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 menyertai Program Nano Kebangsaan (NanoKEB) 2022

ION2 menyertai Program Nano Kebangsaan (NanoKEB) 2022

BANGI, September 9 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM telah menyertai Pameran Teknikal Industri dan Nanoteknologi sempena Program Nano Kebangsaan (NanoKEB) 2022 anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) , Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertempat di Bangi Resort Hotel. NanoKEB yang berlangsung dari 6 hingga 9 September lalu telah menghimpunkan pemain industri nanoteknologi serta agensi berkaitan pembangunan teknologi nano di Malaysia.

Acara ini bertujuan menyediakan satu platform perkongsian pengetahuan dan maklumat mengenai pembangunan nanoteknologi negara. Selain itu, ia bertujuan untuk mengalakkan perbincangan dan libat urus berkaitan isu dan hala tuju penyelidikan dan pembangunan nanoteknologi disamping menjadi medium untuk meningkatkan kesedaran mengenai nanoteknologi kepada mesyarakat terutamanya pelajar universiti dan sekolah.

ION2 telah mempamerkan beberapa produk nanoteknologi UPM seperti Organic Conductive Paste, HarvastTM Photosynthesis Enhancer, Nanoezinn fungicide, TB Nanosens Kit, Biosite Hydrogel Wound Dressing dan Nanocellulose.


Majlis Penutup NanoKEB 2022 pada 9 September 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Seri Dr. Adham Baba. Dalam majlis itu, Dato’ Seri Adham turut melancarkan Malaysia Nanotechnology Industrial Group (MNIG). Dua syarikat pemula UPM yang bernaung di bawah ION2 iaitu Serdang Paste Tech. Sdn. Bhd. dan Qarbotech Sdn. Bhd. telah terpilih sebagai ahli pengasas MNIG. YB Menteri sempat melawat gerai pameran ION2 dan melihat produk-produk yang dipamerkan oleh ION2.

 

 

Dilaporkan oleh,


Ts. Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik, FNDL

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGAb~