ION2 Meriahkan Program Semarak Merdeka 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Meriahkan Program Semarak Merdeka 2023

ION2 Meriahkan Program Semarak Merdeka 2023

SERDANG, 17 Ogos 2023 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ Sempena Program Semarak Merdeka 2023 anjuran PKKSSAAS. Sebelum berlangsungnya hari penjurian, ION2 telah menganjurkan program Gotong Royong Kibar Jalur Gemilang di sekitar kawasan bersempena bulan kemerdekaan yang menjelang bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” serta menyahut semangat Program Semarak Merdeka 2023, Universiti Putra Malaysia. Program ini melibatkan semua staf serta berfokuskan pada aktiviti memasang bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan ION2.

 

Staf ION2 telah bekerjasama dalam menghias persekitaran bangunan dengan memasang Jalur Gemilang mengikut kreativiti dan disusuli dengan pembersihan Kawasan serta persediaan awal bagi Sudut Madani.

Semasa penjurian dijalankan, ION2 membawa para juri kembali ke zaman pemerintahan komunis sebelum kemerdekaan dan bagaimana merdeka itu diperoleh dengan pengorbanan dan air mata. Persembahan tersebut telah melayakkan ION2 antara 15 kumpulan teratas.

Walaupun ia merupakan kali pertama ION2 menyertai pertandingan seumpamanya, ION2 telah berjaya membuktikan kemampuan dan kesungguhan dalam bekerjasama, bersatu padu, serta tolong-menolong dalam merealisasikan impian. Tahniah ION2!

Jalur gemilang berkibar megah

Semarak merdeka kami laungkan

ION2 girang persembah

Membuai sukma membawa kenangan

 

 

Disediakan oleh,

Hjh. Rosiha Abdul Razak

Tarikh Input: 23/08/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdHAi~