ION2 Rai Kejayaan Graduan Dan Kecemerlangan Penyelidik | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2) ion2
» BERITA » ION2 Rai Kejayaan Graduan dan Kecemerlangan Penyelidik

ION2 Rai Kejayaan Graduan dan Kecemerlangan Penyelidik

Serdang, 1 Disember 2025 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Penyelidik dan Pelajar sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang para graduan serta sumbangan signifikan warga penyelidik sepanjang tahun 2024. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan ION2 dalam memupuk budaya kecemerlangan akademik dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna itu turut diserikan dengan upacara hooding serta penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-49 bagi graduan peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana. Antara graduan PhD yang diraikan ialah Dr. Mohd Ruzaimi bin Mohd Ariffin dan Dr. Hussein Abdulsalam Ali di bawah seliaan Prof. Ir. Ts. Dr. Suhaidi Shafie; Dr. Emmellie Laura Albert (Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah); Dr. Du Xuan (Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid); Dr. Babani Suleiman (Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon); serta Dr. Muhammad Aliyu di bawah seliaan Ts. Dr. Umer Rashid.

Bagi peringkat Sarjana pula, graduan yang diraikan ialah Ashreen Norman (Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah), Tan Khai Yang (Prof. Dr. Lim Hong Ngee), Nurul Ain Huzaifah Mohd Norizan (Dr. Nordin Hj Sabli) dan Nur Afif Nadhrah Kamaruzaman (Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid).

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2024 kepada Dr. Sani Yusuf di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Raba’ah Syahidah Azis, selain pengiktirafan khas Graduate-on-Time (Lima Semester) kepada Dr. Muhammad Aliyu atas pencapaian akademik yang membanggakan.

Dalam pada itu, ION2 turut mengiktiraf kecemerlangan para penyelidik yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan ilmu dan inovasi. Penerima Anugerah Penyelidik Cemerlang 2024 ialah Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori dan Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah dari Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), serta Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman dari Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL). Setiap penerima menerima sijil penghargaan dan baucar sebagai tanda penghormatan atas dedikasi berterusan mereka.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Pengarah ION2 kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Siswazah ION2 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan sumbangan aktif dalam menjayakan pelbagai program institusi.

Kehadiran barisan pengurusan serta seluruh warga ION2 menjadikan majlis ini wadah penting dalam mengukuhkan semangat kebersamaan, selain memperkukuh aspirasi institut ke arah kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan akademik bertaraf global.

 

Dilaporkan oleh,
Roslina Abdul Rashid
Pegawai Sains, ION2

Tarikh Input: 30/12/2025 | Kemaskini: 31/12/2025 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (05:11:49pm-05:16:49pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]