Serdang, 13 Januari – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan tigat orang penyelidik dari Fakulti Kedoktoran Gigi, Universitas Brawijaya, Indonesia bagi menjalankan program sangkutan penyelidikan selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Januari 2025.
Rombongan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Ariyati Retno Pratiwi itu telah menjalankan penyelidikan di Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL) di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah dan Dr. Rosnah Nawang.
Fokus kajian mereka adalah kepada sintesis nanopartikel perak (AgNPs) menggunakan ekstrak daun tumbuhan, dengan memanfaatkan kemudahan penyelidikan yang tersedia di ION2. Di samping aktiviti eksperimen, beberapa perbincangan strategik turut diadakan bagi merintis peluang kerjasama penyelidikan jangka panjang antara ION2 dan Universitas Brawijaya.
Selain aktiviti makmal, para penyelidik turut menyertai beberapa program santai termasuk lawatan ke Pusat Antarabangsa UPM (i-PUTRA) serta menikmati jamuan tengah hari di Jurutera Lounge pada hari kedua lawatan. Pada hari ketiga, mereka turut diraikan oleh mantan Ketua Laboratori NSCL, Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein dengan jamuan makan tengah hari di Food Court UNITEN.
ION2 percaya bahawa kunjungan ini akan mengukuhkan lagi jaringan penyelidikan serantau dan membuka ruang kolaborasi lebih utuh antara UPM dan Universitas Brawijaya pada masa hadapan.

Dilaporkan oleh,
Dr. Rosnah Nawang
Pegawai Penyelidik, NSCL
Tarikh Input: 28/03/2025 | Kemaskini: 30/05/2025 | roslina_ar

Institut Nanosains dan Nanoteknologi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia