ISAMN2021, Program Kemuncak Penjenamaan Semula ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » iSAMN2021, Program Kemuncak Penjenamaan Semula ION2

iSAMN2021, Program Kemuncak Penjenamaan Semula ION2

SERDANG, 10 Disember – International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology kali ke-5 (iSAMN2021) merupakan kemuncak Acara Penjenamaan Semula Institut Teknologi Maju (ITMA) kepada Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). ITMA menjalani penjenamaan semula kepada ION2 pada 1 November 2021.

ION2 meneruskan tradisi tahunan penganjuran persidangan antarabangsa iSAMN2021 dengan tema, Nanoscale Green Synthesis and Applications, ilham daripada bidang tujahan baru ION2.

Keruncingan kes COVID-19 di Malaysia dan keperluan 10 hari kuarantin diri setelah sampai di Malaysia telah mendorong penganjuran iSAMN2021diadakan secara atas talian buat kali kedua. Persidangan atas talian diadakan selama dua hari bermula 9 hingga10 Disember 2021 melalui aplikasi Zoom.

“Kami telah menerima hampir 100 penyertaan dari penyelidik tempatan dan antarabangsa. Saintis terkemuka dalam bidang nanosains dan nanoteknologi dari Jepun, India, Thailand, Arab Saudi, Mesir, Turki, Indonesia dan Malaysia turut berkongsi ilmu dan hasil penemuan terkini dalam persidangan ini”, ujar pengerusi iSAMN2021, Prof. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid.

Setiausaha iSAMN2021, Dr. Siti Zulaika Razali menyifatkan persiapan penganjuran iSAMN2021 merupakan persiapan yang terpendek dalam sejarah penganjuran. Namun, ujar beliau, hasil usaha keras semua ahli jawatankuasa membolehkan ia dilaksanakan dan mendapat pujian dari kebanyakan peserta konferens.

Prosiding iSAMN2021 diiktiraf sebagai prosiding bersiri dan telah mendapat nombor ISSN. Isu Khas akan diterbitkan di dalam International Journal of Nanotechnology (IJNT) dan International Journal of Chemicals and Biochemicals. Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan taraf Scopus-cited proceeding.

Majlis pembukaan iSAMN2021 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, YBhg Prof. Dr. Nazamid Saari dan dihadiri oleh Pengarah ION2, YBhg. Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon.

Pada majlis penutup, Pengerusi iSAMN2021 menyerahkan simbolik baton kepada Pengerusi iSAMN ke-6, Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah.

Disediakan oleh,
Dr. Siti Zulaika Razali

Tarikh Input: 29/12/2021 | Kemaskini: 29/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdEAW~