Journal Writing Workshop 2018 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Journal Writing Workshop 2018

Journal Writing Workshop 2018

Journal Writing Workshop 2018 telah dianjurkan oleh Makmal Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), ITMA yang diadakan pada 25 hingga 26 Julai 2018 bertempat di Kompleks Akademik A, Universiti Putra Malaysia bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut:

  • Memberi kesedaran kepada peserta kepentingan penerbitan dalam jurnalberimpak tinggi (Q1/Q2)
  • Membimbing peserta untuk kemahiran dalam penulisan dan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi.
  • Menjadi platform bagi pegawai senior membantu dan membimbing pegawai junior dalam bidang penulisan dan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi.
  • Meningkatkan kefahaman dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.

Seramai 48 orang peserta terlibat dalam bengkel ini yang terdiri dari staf dan pelajar dari Universiti Putra Malaysia dan aktiviti berjalan seperti yang dirancang. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik penulisan jurnal semasa bengkel ini melalui beberapa ceramah oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan penyelidik pasca doktoral. Bengkel 2 hari ini telah dijayakan oleh penceramah-penceramah dengan tajuk-tajuk ceramah seperti berikut: Dr. Nor Azah Yusof-(How to Publish a Review Manuscript), Syed Muhammad Hafiz Syed Mohd Jaafar-(How to Publish in a High Impact Journal), Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid-(How to Respond to Reviewers’ Comments), Ismayadi Ismail-(Choosing the Right Journal for Early-career Researchers).

 

Tarikh Input: 03/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAB~