Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Serdang, 27 Julai- Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi Sukan bermula pada 10 Julai sehingga 4 Ogos 2023 di sekitar kampus UPM Serdang dan UPM kampus Bintulu.

Sebanyak 16 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan staf (SUSTAF) yang disertai oleh lapan gabungan Pusat Tanggungjawab (PTJ). 

Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) bersama dengan tiga PTJ lain iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekologi Manusia dan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul mewakili Gabungan 1 (G1) dengan moto 1 Pasukan 1 Misi.

Beberapa acara sukan yang turut disertai oleh staf daripada ION2 antaranya Acara Perbarisan, Bola Sepak, Bola Tampar, Petanque campuran, Tenpin Boling dan Tarik Tali.

Sempena penganjuran sukan staf, UPM dapat menghasilkan atlet-atlet dari kalangan staf untuk Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) selain dapat memupuk semangat kesukanan secara sihat serta mengeratkan hubungan sesama staf di PTJ yang lain.

 

Dilaporkan oleh,

Zamzurina Abdul Wahab

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdPAp~