Kempen Kitar Semula Ion2 Tahun 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kempen Kitar Semula Ion2 Tahun 2023

Kempen Kitar Semula Ion2 Tahun 2023

SERDANG, Mei 2023 - Kempen Kitar Semula ION2 yang telah diadakan pada 30 Mei 2023 bertempat di Bilik Seminar ION2 dianjurkan bagi menyokong hasrat UPM dalam mengekalkan kedudukan sebagai peneraju Kampus Hijau di Malaysia dan dalam berusaha untuk mencapai agenda kelestarian alam di peringkat universiti selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Ianya merupakan kempen anjuran bersama Jawatankuasa Kelestarian Hijau ION2 dan Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ION2 yang telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah ION2.

 

Penganjuran Kempen Kitar Semula 2023 ini juga bertujuan untuk memupuk amalan kelestarian hijau di kalangan warga ION2 termasuk pelajar dan staf.  Budaya amalan yang berterusan amat diperlukan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik, mesra alam dan kondusif bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menghargai alam ciptaan tuhan.  Penganjuran aktiviti sebegini juga membantu memetakan agenda kelestarian UPM berdasarkan petunjuk SDGs dan penarafan UI-Green Metric World University. 

 

Antara objektif penganjuran kempen adalah menggalakkan penggunaan bahan-bahan yang ada di sekitar secara optimum atau mengurangkan penggunaan bahan mentah bagi mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang semakin terhad.  Selain itu,  kempen ini bertujuan memberi ilmu pengetahuan berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada semua pihak. Kempen ini bersifat mesra alam, memupuk semangat kerjasama semua staf ION2 untuk menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat kerja. Justeru, sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar dapat dipupuk dengan memberi dan menyediakan peluang serta kesempatan untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kempen adalah ceramah kitar semula yang disampaikan oleh Ts. Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik ION2. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk “How Important of Recycle” dan mendapatkan maklum balas yang positif dari pelajar dan staf berkenaan program kitar semula yang berlaku di kampus UPM.

 

 

 

Disediakan oleh:

Khariza Abdul Wahab
Setiausaha
JK Kelestarian Hijau ION2

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDAL~