Kunjungan Rom Ren Pen Suk TM Co. Ltd. (Thailand) Ke ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kunjungan Rom Ren Pen Suk TM Co. Ltd. (Thailand) ke ION2

Kunjungan Rom Ren Pen Suk TM Co. Ltd. (Thailand) ke ION2

SERDANG, Julai 2022 – ION2 telah menerima kunjungan daripada Koperasi Pusat, Rom Ren Pen Suk TM Co. Ltd (RRPS), Thailand pada 25 Julai yang lalu. Koperasi Pusat RRPS telah diwakili oleh presidennya iaitu, Adisak Vachirasamphan.

Lawatan rasmi sehari yang diterajui oleh Pusat Hubungan Dan Jaringan Industri (CiRNeT), UPM adalah sebahagian daripada rancangan hasil perbincangan antara CiRNeT dan RPK Bio Resources (Coop Centre Rom Yen Pen Suk TM. Co Ltd) yang telah dilaksanakan pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Semasa lawatan di ION2, beliau telah dibawa melawat ke beberapa makmal dan diberi penerangan ringkas oleh penyelidik-penyelidik ION2 iaitu Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid, Timbalan Pengarah dan Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Felo Penyelidik.

 

Selain ION2, Adisak Vachirasamphan turut dibawa melawat sekitar UPM seperti Institute of Tropical Agriculture & Food Security (ITAFoS), Ladang Rusa dan Ladang Lembu di Putra Science Park (PSP), Rumah Cendawan, Unit Hortikultur, di Taman Pertanian Universiti dan juga Kedai Putra Mart. Lawatan ini bertujuan bagi memperkenalkan tempat-tempat yang relevan dengan teras Koperasi Pusat RRPS dalam menjalankan usaha sama dari segi jaringan penyelidikan dan juga pengkomersialan.

Pada penghujug lawatan, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Koperasi Pusat Thailand telah diadakan dengan jayanya. UPM telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah bin Baharudin manakala Koperasi Pusat Thailand telah diwakili Adisak Vachirasamphan.

 

Dilaporkan oleh;

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 03/08/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdPAh~