Kursus Lanjutan Response Surface Methodology (RSM) | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kursus Lanjutan Response Surface Methodology (RSM)

Kursus Lanjutan Response Surface Methodology (RSM)

SERDANG, Ogos 2022 – Satu kursus lanjutan Response Surface Methodology (RSM) siri kedua telah diadakan secara bersemuka pada 24 dan 25 Ogos 2022 di Dewan Seminar, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). Kursus ini adalah anjuran Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), ION2.

RSM adalah satu teknik yang menggabungkan dua bidang iaitu matematik dan statistik yang digunakan untuk membangunkan model empirik, menambah baik dan mengoptimumkan parameter proses, dan untuk mengenalpasti interaksi antara beberapa faktor penting dalam poses eksperimen. Selain RSM, terdapat beberapa model pembangunan eksperimen berasaskan statistik lain seperti Completed Randomized Design (CRD), Two Level Factorial Design, Fractional Factorial Design dan Taguchi Method. Kaedah ini telah digunakan secara meluas dalam membina model eksperimen untuk mengoptimumkan proses dalam penyelidikan teknologi nano.

Kursus RSM siri pertama iaitu pengenalan kepada RSM telah diadakan pada 13 April 2022 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran peserta seramai 138 orang. Menerusi maklumbalas daripada kursus pengenalan kepada RSM yang telah dianjurkan, didapati terdapat keperluan untuk menganjurkan perkongsian selanjutnya yang menyentuh lebih mendalam tentang teknikal dan praktikal RSM dalam penyelidikan. Ini adalah motivasi utama kepada NPTL untuk menganjurkan bengkel RSM ini bagi memenuhi keperluan latihan dan kemahiran yang diperlukan oleh individu yang berminat dan berkaitan dengan penggunaan RSM bagi pembelajaran dan penyelidikan mereka.

RSM siri 2 yang bertemakan pengoptimum proses telah dijalankan selama satu setengah hari telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta daripada dalam dan luar UPM. Kursus ini telah mengupas beberapa aspek penting dalam membina rangka eksperimen dan seterusnya melakukan pengoptimum proses. Pemudahcara turut membincangkan mengenai pemilihan tahap, blok dan pemfaktoran yang sesuai untuk digunapakai.

Perserta berpeluang menjalankan secara praktikal pembinaan rangka eksperimen menggunakan perisian Minitab. Kursus ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM sebagai pemudahcara.

 

Dilaporkan oleh,

Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEXTAY~