Kursus Statistical Data Analysis: Roles Of Statistics In Scientific Research | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kursus Statistical Data Analysis: Roles of Statistics in Scientific Research

Kursus Statistical Data Analysis: Roles of Statistics in Scientific Research

SERDANG, Oktober 2021 – Satu kursus bertajuk Statistical Data Analysis: Roles of Statistics in Scientific Research telah diadakan pada 6-7 Oktober 2021 secara atas talian.  Seminar anjuran Laboratori Pemprosesan dan Teknologi (MPTL) ini diadakan bagi mendekatkan komuniti penyelidik dengan penggunaan statistik di dalam penyelidikan. Pelbagai cabaran muncul sepanjang proses penyelidikan, lantas memerlukan penyelesaian menggunakan pendekatan daripada pelbagai kaedah. Statistik telah terbukti dapat membantu penyelesaian masalah di dalam pelbagai bidang teknologi sebelum ini. Oleh yang demikian ia dijangka sesuai diadaptasi sebagai satu pendekatan penyelesaian masalah dan pencetus idea bagi mengatasi cabaran dan kelangsungan bidang penyelidikan dalam masyarakat sejagat.

Secara amnya proses statistik bersesuaian untuk membantu penyelesaian di dalam penentuan formasi komposit bahan di mana ia banyak bergantung kepada keputusan ekperimen yang telah dijalankan oleh penyelidik lain. Ukuran kuantiti sampel dan parameter eksperimen melibatkan kos yang tinggi justeru perhubungan kompleks di antara parameter ini dapat dikawal dengan menggunakan kaedah rekabentuk statistik. Di samping itu, statistik juga dapat membantu untuk proses analisa data dan proses-proses lain di mana data yang didapati di dalam penyelidikan berbeza di antara satu sama lain.

Di antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan statistik di dalam penyelidikan, melatih para peserta untuk melakukan analisa statistik yang terancang dan sistematik bagi projek penyelidikan mereka dan membudayakan penggunaan statistik di dalam setiap perancangan projek dan analisa data setiap penyelidikan.

Kursus ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari dan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Mashitah Jusoh. Program selama 2 hari ini telah menerima penyertaan peserta daripada dalam dan luar UPM dengan yuran penyertaan minima sebanyak RM60 bagi setiap peserta. Seramai 68 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan mereka telah diberi pendedahan tentang pengaturcaraan Analisa statistik menggunakan RStudio software. Modul yang diberikan oleh fasilitator merangkumi scenario pengumpulan data dan jenis-jenis analisa statistik yang bersesuaian dengan data yang diperoleh.

 

Peserta berpeluang untuk mengajukan soalan kepada Dr. Mashitah dan sampel analisa turut diberikan kepada semua yang hadir. Pihak ITMA berharap dapat menganjurkan kursus sebegini lagi untuk kesinambungan kepada alternatif penggunaan statistic di dalam penyelidikan yang menggunakan banyak medium analisa selain daripada RStudio software.

Dilaporkan oleh;

Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 07/01/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAv~