Lateral Flow Assay For Disease Screening: Principle, Fabrication And Detection | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lateral Flow Assay for Disease Screening: Principle, Fabrication and Detection

Lateral Flow Assay for Disease Screening: Principle, Fabrication and Detection

SERDANG, Julai 2023 - Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan bengkel selama dua hari bertajuk “Lateral Flow Assay for Disease Screening: Principle, Fabrication and Detection” pada 5 dan 6 Julai 2023.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi “lateral flow assay” (LFA) iaitu teknologi kaedah diagnostik terkenal untuk ujian tempat rawatan (POC) kerana kos rendah dan mudah digunakan. Pengujian Aliran Lateral digunakan untuk mengenal pasti biomarker dalam sampel air kencing, air liur, darah, plasma, dll untuk tujuan diagnostik. Contoh paling mudah adalah penggunaan LFA dalam kit ujian COVID19, influenza dan sebagainya.

Menyedari potensi penyelidikan yang meluas dalam teknologi ini, FNDL telah menganjurkan bengkel siri pertama ini untuk memperkenalkan teknologi tersebut dan menunjukkan teknik-teknik sesuai untuk fabrikasi dalam sesi ‘hands-on’ semasa bengkel diadakan. Prof. Dr. Nor Azah Yusof yang merupakan professor di Fakulti Sains dan juga Penyelidik Bersekutu ION2 telah menyampaikan ceramah berkenaan teori teknologi LFA ini yang diadakan secara dalam talian pada hari pertama, disusuli dengan sesi praktikal (hands-on) penyediaan LFA dan aplikasi teknologi tersebut yang diadakan secara fizikal pada hari kedua.

Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelidik dari UPM dan juga luar UPM seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut BIoteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), dan Biogenes Technologies Sdn. Bhd. Peserta telah memberi maklum balas yang positif terhadap penganjuran bengkel ini dan berharap agar bengkel ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

 

Dilaporkan oleh;

Ts. Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik FNDL

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdEAj~