Lawatan Delegasi Daripada Mesir Ke ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lawatan Delegasi daripada Mesir ke ION2

Lawatan Delegasi daripada Mesir ke ION2

SERDANG, 15 November - Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menerima kunjungan daripada delegasi Nanomaterials and Nanotechnology Department, Advanced Materials Division, Central Metallurgical Research and Development Institute (CMRDI), Mesir.

Ahli-ahli delegasi terdiri daripada Dr. Soliman E. Elhout dan Dr. Aliaa M. S. Saleem. Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai profil Institut Nanosains dan Nanoteknologi oleh Ketua Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL), Prof. Madya Dr. Jaafar Abdullah di Bilik Mesyuarat ION2.

Selepas itu, wakil CMRDI, Dr. Soliman E. Elhout pula memperkenalkan CMRDI secara ringkas. Seterusnya, Dr. Aliaa M. S. Saleem pula membentangkan penyelidikan yang sedang dijalankan di CMRDI. Antara projek penyelidikan yang dijalankan adalah seperti berikut:

1)Preparation of Advanced Nanomaterials: Simple Versatile and Cheap Approach
• Preparation Techniques: Top Down and Bottom Up
• Preparation of ZnO Nanowires/Nanorods
• Preparation Carbon-Based Nanomaterials
• Nanoporous Silicon: Synthesis and Applications
• Preparation Techniques of Porous Silicon
• Electronic Applications
• Biomedical Applications
• Electrochemical Preparation of Porous Silicon

2)Electrochemical Deposition of Magnetic Nanomaterials into Nanostructured Porous Silicon for Data
Storage Applications
• Effect of Deposition Time on the Magnetic Properties
• Application: Fabrication of Efficient Hybrid Nano structed Photovoltaic Device
• Metal Assisted Wet Chemical Etching of Silicon

Pihak delegasi kemudiannya telah dibawa melawat makmal FNDL dan NSCL untuk melihat penyelidikan yang sedang dijalankan dan telah dikomersilkan selain kemudahan peralatan-peralatan saintifik yang ada di ION2. Sesi penerangan di makmal dikendalikan oleh Dr. Intan Helina Hasan dan Dr Ismayadi Ismail. Dr Ismayadi memperkenalkan peralatan Vertical Chemical Vapour Deposition (VCVD) serta Vector Network Analyzer (VNA).

Pada penghujung lawatan, pihak CMRDI dan ION2 berharap kolaborasi antara kedua-dua institut dapat dijalankan pada masa hadapan terutamanya dalam bidang teknologi sensor.

 

Dilaporkan oleh,

Mohd Ali Mat Nong
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdJAt~