Lawatan Kerja Staf Dan Mobiliti Pelajar Daripada Universitas Airlangga | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lawatan Kerja Staf dan Mobiliti Pelajar daripada Universitas Airlangga

Lawatan Kerja Staf dan Mobiliti Pelajar daripada Universitas Airlangga

SERDANG, Januari – Dr. Tahta Amrillah daripada Universitas Airlangga, Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke ION2 pada 9 hingga 11 Januari 2023. Hadir bersama beliau adalah empat orang pelajar mobiliti yang telah menjalankan kerja-kerja penyelidikan mereka di ION2 pada 9 hingga 20 Januari 2023.

Antara kerja-kerja penyelidikan yang telah dijalankan ialah kajian ketoksikan ke atas sampel dengan menggunakan brine shrimp (anak udang) dan mensintesis AgNP daripada herba yang dibawa daripada Indonesia. Pencirian juga telah dilakukan ke atas sampel yang terhasil dengan menggunakan peralatan yang terdapat di ION2, iaitu peralatan XRD, UV-Vis dan Nanosizer.

 

Selain melakukan kerja-kerja penyelidikan, para pelajar juga telah dibawa melawat ke Fakulti Sains, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear dan HPUPM. Semoga dengan kehadiran staf dan pelajar-pelajar ini dapat mengeratkan lagi hubungan penyelidikan antara ION2 dan Universitas Airlangga.

 

Dilaporkan oleh,
Rosnah Nawang
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdPAj~