Lawatan Pengarah ION2 Ke Bayburt University | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lawatan Pengarah ION2 ke Bayburt University

Lawatan Pengarah ION2 ke Bayburt University

TURKI, September 2022 - Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah ION2 telah menghadiri 4th International Conference on Advanced Engineering Technologies (ICADET) 2022 bertempat di Bayburt University, Bayburt, Turki. Beliau telah diundang sebagai penyampai ucaptama di ICADET bertajuk 'Recent Applications in Thick Film Technology'.

Selain itu, Pengarah juga turut dijemput sebagai Pengerusi Sesi bagi sidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada hari kedua. Pegawai-pegawai Penyelidik ION2 turut menyertai konferens antarabangsa ini sebagai pembentang dalam bidang masing-masing secara fizikal dan juga secara dalam talian.

Prof. Dr. Nizar juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan Prof. Dr. Mutlu Turkmen, rektor Bayburt University dan membincangkan mengenai hala tuju jaringan antarabangsa antara UPM dan Bayburt University.

Delegasi ION2 kemudiannya melawat Makmal Penyelidikan Berpusat, Bayburt University yang menempatkan beberapa peralatan berteknologi tinggi seperti XRD, TEM dan SEM. Pengarah juga berkesempatan untuk membuat perkongsian ringkas berkenaan UPM dan ION2 kepada staf dan penyelidik makmal tersebut.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)

Tarikh Input: 07/10/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDAa~