Majlis Apresiasi Penyelidik ION2 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Majlis Apresiasi Penyelidik ION2 2023

Majlis Apresiasi Penyelidik ION2 2023

SERDANG, Mei 2023 - Majlis Apresiasi Penyelidik ION2 2023 telah diadakan pada 19 Mei 2023 sebagai usaha ION2 menghargai jasa baik penyelidik bersekutu ION2 yang telah bekerjasama dalam mengekalkan pencapaian ION2 selama ini. Majlis ini juga bertujuan untuk menyampaikan Anugerah Penyelidik Cemerlang untuk tahun 2022 kepada penyelidik yang cemerlang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan oleh Pengarah ION2. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian Anugerah Penyelidik Cemerlang ION2. Prof. Dr. Nor Azah Yusof, Penyelidik Bersekutu Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL) telah dinobatkan sebagai Penyelidik Cemerlang ION2 bagi tahun 2022, manakala Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid pula telah dianugerahkan sebagai Penyelidik Muda/Interim Cemerlang 2022.

Semoga dengan penganjuran program ini, semua penyelidik ION2 akan terus bersemangat untuk berusaha dengan cemerlang demi kejayaan ION2 terutamanya dalam strategi mengangkat ION2 sebagai pusat rujuk dalam bidang nanosains dan nanoteknologi dalam dan luar negara.

Dilaporkan oleh,

Ts. Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik, ION2

 

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGAE~