Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula: Institut Nanosains Dan Nanoteknologi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula: Institut Nanosains dan Nanoteknologi

Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula: Institut Nanosains dan Nanoteknologi

SERDANG, 15 November 2021 – Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula: Institut Nanosains dan Nanoteknologi telah diadakan dalam bentuk hibrid sempena penjenamaan semula Institut Teknologi Termaju (ITMA) kepada nama baharu, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). Penjenamaan semula ini berkuat kuasa pada 1 November 2021, selepas 22 tahun penubuhannya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM.

 

Beberapa tetamu kehormat yang turut bersama dalam majlis tersebut termasuk Prof. Madya Dr Ruslinda A Rahim, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Dr. Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Berhad; Prof Dr Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM; En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM; En. Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan UPM; dan mantan pengarah ITMA termasuk Prof Emeritus Dato' Abang Abdullah Abang Ali, Prof Dr Robiah Yunus dan Prof Dr Nor Azah Yusof.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof Dr Mohd Nizar Hamidon, Pengarah ION2, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Prof Dr Mohd Roslan. Selepas majlis menandatangani plak perasmian, hadirin dipersembahkan dengan video montaj ION2 dan pengenalan kepada usahawan tekno yang lahir daripada penyelidikan yang dijalankan di institut. Tetamu kemudiannya dijemput melawat makmal ION2 dan peralatan teknologi tinggi termasuk peralatan XRD yang terkini.

 

Terima kasih kepada semua tetamu yang menghadiri majlis pelancaran dan tahniah kepada ION2 atas penjenamaan semula ini. Diharap ION2 akan terus berusaha untuk mencapai keterlihatan dan pengiktirafan antarabangsa sebagai sumbangan berharga kepada UPM dalam bidang bahan termaju dan nanoteknologi, berfokuskan pada sintesis dan aplikasi hijau skala nano.

 

Disediakan oleh,
Dr Intan Helina Hasan

Tarikh Input: 21/12/2021 | Kemaskini: 21/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdLAO~