Majlis Persaraan Dan Perpisahan Buat Prof. Zobir Dan En. Zamzuri | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Majlis Persaraan dan Perpisahan buat Prof. Zobir dan En. Zamzuri

Majlis Persaraan dan Perpisahan buat Prof. Zobir dan En. Zamzuri

SERDANG, 19 Mei- Majlis persaraan dan perpisahan staf ION2 telah diadakan pada Jumaat, 19 Mei 2023 bagi meraikan dan menghargai jasa bakti mereka sepanjang perkhidmatan di ION2. Staf yang diraikan adalah YBhg. Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Felo Penyelidik Kanan yang telah tamat perkhidmatan pada 2 Mei 2023 dan Encik Zamzuri Zabidin, Pegawai Sains yang telah tamat perkhidmatan pada 14 April 2023.

Untuk rekod, Prof. Dr. Zobir Hussein telah bersama ION2 dari tahun 2003 sebagai Pengurus Program Bahan Nano, dan pernah menyandang jawatan Ketua Laboratori Bahan Maju selama 3 tahun pada 2004 - 2006. Setelah bersara wajib pada 2013, beliau telah dilantik sebagai Felo Penyelidik sepenuh masa sehingga 2023. Banyak sumbangan penyelidikan beliau dalam bidang teknologi nano di ION2 melalui seliaan pelajar pasca siswazah, geran penyelidikan, penerbitan manuskrip dan juga harta intelek. Terima kasih Prof dan selamat bersara. 

Sementara itu, En. Zamzuri telah berkhidmat di ION2 pada tahun 2020 sebagai Pegawai Sains (kontrak). Kini beliau bertugas di Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia pada 17 April 2023 setelah berjaya diserap ke jawatan tetap. Tahniah dan selamat maju jaya Encik Zamzuri.

 

Disediakan,

Rokiah Deraman
Pembantu Tadbir, ION2

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdJAz~