MPTL Berjaya Anjur Bengkel Kertas Cadangan Penyelidikan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » MPTL berjaya anjur Bengkel Kertas Cadangan Penyelidikan

MPTL berjaya anjur Bengkel Kertas Cadangan Penyelidikan

SERDANG- Walaupun berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Laboratori Pemprosesan Bahan dan Teknologi (MPTL) berjaya menganjurkan Bengkel Kertas Cadangan Penyelidikan melalui platfom atas talian, Microsoft Team untuk mempraktikkan jarak sosial sebagai norma baru bagi memutuskan rantaian COVID-19.

 

Program sehari ini dihadiri oleh dua belas (12) ahli MPTL termasuk Ketua Laboratori, penyelidik bersekutu, pasca doktoral dan pegawai penyelidik. Program dimulakan dengan sesi sumbang saran dengan semua peserta menyampaikan kajian mereka. Sesi ini penting kerana Ketua Laboratori menerangkan hala tuju penyelidikan institut. Program ini turut membincangkan strategi untuk meningkatkan jumlah geran penyelidikan sama ada geran dalaman, awam, antarabangsa, atau swasta.

 

Dua orang utama MPTL, Prof. Dr Suraya Abdul Rashid dan Dr Umer Rashid berkongsi pengalaman mereka mengenai cara menulis kertas cadangan yang berkesan serta petua rahsia untuk mengukuhkan cadangan tersebut. Semua hadirin mengadakan perbincangan yang produktif dan bermanfaat. Semoga semua input dapat membantu semua penyelidik untuk menghasilkan kertas cadangan geran penyelidikan yang baik dan berkesan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAa~