NPTL Berjaya Anjurkan Bengkel RSM 2/2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » NPTL berjaya anjurkan bengkel RSM 2/2023

NPTL berjaya anjurkan bengkel RSM 2/2023

Serdang, 25 Ogos 2022 – Bengkel Response Surface Methodology (RSM) siri kedua bagi tahun 2023 telah berlangsung pada 23-24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Seminar, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). Dianjurkan oleh Makmal Pemprosesan dan Teknologi Nanoteknologi (NPTL), ION2, RSM mengintegrasikan konsep matematik dan statistik untuk membangunkan model empirikal, meningkatkan dan mengoptimumkan parameter proses, dan mengenal pasti interaksi antara faktor utama dalam eksperimen. Selain RSM, terdapat beberapa model pembangunan eksperimen berasaskan statistik lain seperti Completed Randomized Design (CRD), Two Level Factorial Design, Fractional Factorial Design dan Taguchi Method, yang digunakan secara meluas dalam pembangunan eksperimen untuk pengoptimuman proses penyelidikan nanoteknologi.

Siri kursus maya dan bengkel RSM oleh NPTL ini telah dijalankan sejak tahun 2022. Kursus RSM siri pertama bagi tahun 2023 iaitu pengenalan kepada RSM telah diadakan pada 9 Mei 2023 secara maya, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah peserta seramai 60 orang. Sambutan positif daripada peserta RSM siri satu menunjukkan keperluan untuk penerokaan lanjut teknikal dan praktikal RSM dalam penyelidikan. Respon ini mendorong NPTL untuk merapatkan jurang ini, memberikan peserta yang berminat dengan peluang untuk mengembangkan pengetahuan mereka untuk pembelajaran dan usaha penyelidikan.

RSM siri 2/2023 berlangsung selama satu setengah hari dan berjaya menarik penyertaan seramai 11 peserta daripada UPM dan agensi luar. Kursus ini mengupas aspek penting dalam membina rangka eksperimen dan seterusnya melakukan pengoptimum proses. Pemudahcara turut membincangkan mengenai pemilihan tahap, blok dan pemfaktoran yang sesuai untuk digunapakai.  Peserta mendapat pengalaman dalam reka bentuk eksperimen menggunakan perisian Minitab semasa kursus. Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kejuruteraan UPM telah mengendalikan kursus tersebut dengan jayanya.

 

Dilaporkan oleh,
Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 20/09/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdJAI~