NSCL Anjur SAPSiD 4.0 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » NSCL anjur SAPSiD 4.0

NSCL anjur SAPSiD 4.0

SERDANG, Mac  – Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan bengkel Surface Area and Particle Size distribution 4.0 (SAPSiD 4.0) pada 21 Mac 2023 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Bengkel yang dianjurkan dengan kolaborasi bersama dua pihak industri ini, iaitu Kromtek Sdn Bhd dan juga DKSH Technology Sdn Bhd telah menumpukan kepada teori luas permukaan dan taburan saiz partikel dan juga aplikasi-aplikasinya dalam industri.

Tiga orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mereka dalam bengkel ini. Penceramah pertama adalah Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein yang merupakan Felo Penyelidik ION2, telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk Surface Area Theory. Penceramah kedua pula ialah Encik CM Chan, wakil daripada Kromtek Sdn Bhd telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk BET Analysis-Industry Applications, manakala penceramah ketiga ialah Cik Ashwathi Nambiar wakil daripada DKSH Technology Sdn Bhd telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk Particle Sizing Using Malvern Zetasizer.

Sejumlah 56 orang peserta daripada dalam dan luar UPM serta seorang peserta dari luar negara telah mendaftar untuk menghadiri bengkel ini. Rata-rata peserta telah memberikan maklumbalas yang positif atas penganjuran bengkel ini.

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta yang telah menyertai bengkel ini, semoga ianya memberikan manfaat yang berguna kepada mereka semua. Kepada rakan kolaborasi dari pihak industri, Kromtek Sdn Bhd dan DKSH Technologies Sdn Bhd, ION2 mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan kalian, semoga jalinan kolaborasi ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

 

Dilaporkan oleh,

Dr Rosnah Nawang

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdKAz~