SUNGAI PETANI, 15 Ogos - Pengarah Institut Teknologi Maju (ITMA), Prof. Madya Dr. Mohd Nizar bersama-sama dengan Saintis Pelawat ITMA, Prof. Dr. Mehmet Ertugrul telah melawat Magna Value Sdn. Bhd, sebuah syarikat perdagangan khusus dalam bateri, sel bahan bakar, teknologi nano dan peralatan analisis yang terletak di Sg. Petani, Kedah.
Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan peralatan analisis bagi memenuhi keperluan penyelidik tempatan. ITMA berhasrat untuk membina jaringan dengan mana-mana industri yang berpotensi bagi memperluaskan aktiviti penyelidikan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak.
Lawatan dua hari itu dipenuhi dengan perbincangan yang bermanfaat. Pada akhir perjumpaan, syarikat itu berminat untuk bekerjasama dalam pembangunan Sistem “Sputtering” terutama dari segi perundingan.
Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nursyahirah
Institut Nanosains dan Nanoteknologi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia